Advertisements

Belanjawan 2020: Siaran Langsung & Ringkasan Intipati Bajet 2020

Hari ini akan berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen bermula jam 4 petang nanti.

Berikut dikongsikan pautan siaran langsung bagi anda yang ingin mengikuti pembentangan bajet 2020 secara LIVE.

Turut dikongsikan intipati Belanjawan 2020 yang lengkap sebagai rujukan anda.

Dalam belanjawan sebelum ini Kerajaan lebih memfokuskan:

  1. Melaksanakan Reformasi Institusi
  2. Memastikan Kesejahteraan Rakyat
  3. Memupuk Budaya Negara Keusahawanan

Bagaimana pula dengan Belanjawan 2020 nanti?

Rakyat semestinya inginkan lebih banyak bantuan kerajaan disalurkan terutama Bantuan Sara Hidup yang ternyata mendapat sambutan dalam kalangan golongan B40.

Mengikut kaji selidik dalam talian dijalankan membabitkan lebih 7,000 responden, rakyat mahukan inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup, lebih peluang meningkatkan taraf hidup dan bantuan apabila dilanda musibah.

Bagi golongan belia pula, responden mendesak kerajaan memudahcarakan peluang pekerjaan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), menyediakan insentif untuk pelatih dan perantis membina peluang menimba pengalaman bekerja serta penambahbaikan program pembangunan kemahiran dan insan.

Siaran Langsung Belanjawan 2020

Pembentangan Belanjawan 2020 boleh ditonton secara langsung di Facebook atau YouTube rasmi Kementerian Kewangan.

Intipati Bajet 2020

Berikut intipati daripada pembentangan Belanjawan 2020 sebentar tadi.

Antara yang menarik adalah:

  1. Pemberian bonus penjawat awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan
  2. Elaun RELA dinaikan RM2.00 sejam. Manakala elaun saraan COLA dinaikan RM50. Elaun Bomba turut dinaikkan RM200 sebulan
  3. Elaun Guru KAFA dinaikan RM100. Bantuan one-off untuk para Imam, Bilal, Tok Siak, Guru Takmir sebanyak RM500
  4. Gaji minima dinaikkan kepada RM1,200
  5. Menjelang penghapusan tol secara berperingkat, harga tol diturunkan 18% bermula 1 Januari 2020
  6. Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM250 sebulan
  7. Program iSuri diteruskan sehingga 2% gaji suami
  8. Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk kategori bujang yang berumur kurang 40 tahun dan gaji tidak melebihi RM2,000 layak menerima RM300
  9. Sarapan pagi percuma untuk pelajar sekolah rendah
  10. Subsidi petrol RM30 untuk kereta dan RM15 untuk motosikal

Kerajaan juga tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula GST.

Selain itu, graduan yang menganggur melebihi 12 bulan dan diterima kerja akan menerima insentif RM500 selama 2 tahun melalui KWSP.

Majikan yang mengambil graduan tersebut juga akan menerima insentif RM300 selama tempoh yang sama.

Selain itu, bagi wanita yang telah berhenti kerja selama 12 bulan atau melebihi umur 30 – 50 tahun dan kembali bekerja akan menikmati insentif yang sama iaitu RM500 selama 2 tahun.

Belia yang mengikuti kursus TVET juga akan menerima elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan.

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM100,00 setahun akan menerima kredit e-wallet bernilai RM30 secara one-off.

Untuk senarai lengkap intipati Belanjawan 2020 anda boleh rujuk rumusan daripada BERNAMA di bawah:

Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2020 bertemakan, “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen hari ini.

  • Kerajaan memulakan langkah untuk mengkaji secara menyeluruh dan merombak kerangka insentif sedia ada yang merangkumi Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Kerangka baharu ini dijangka akan siap pada 1 Jan, 2021. 
  • Kerajaan menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh lima tahun. Ini merupakan sebahagian daripada langkah strategik untuk menarik syarikat Fortune 500 dan global unicorns dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu.
  • Kerajaan memperuntukkan RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan pelaburan direalisasikan selepas diluluskan. 
  • Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada syarikat elektrik dan elektronik (E&E) yang melabur dalam perkhidmatan berasaskan pengetahuan.
  • Kerajaan akan memberikan Elaun Cukai Pelaburan Khas untuk menggalakkan syarikat E&E sedia ada yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula untuk terus kekal melabur di Malaysia. 
  • Kerajaan akan menyediakan Elaun Modal Dipercepatkan dan Elaun Modal Kelengkapan Automasi bagi sektor pembuatan untuk syarikat yang membuat perbelanjaan ke atas RM2 juta dan RM4 juta pertama pebelanjaan modal yang layak dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2023
  • Galakan ini juga turut diperluaskan kepada sektor perkhidmatan bagi syarikat yang membuat perbelanjaan ke atas RM2 juta pertama bagi perbelanjaan modal yang layak untuk tempoh mulai tahun taksiran 2020 sehingga tahun taksiran 2023
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta untuk pembaikan dan penyeenggaraan jalan raya ke Pelabuhan Klang
  • Kementerian Pengangkutan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek Serendah-Pelabuhan Klang untuk penghantaran kargo serta kajian kebolehlaksanaan Koridor Logistik Klang iaitu lebuh raya logistik baharu yang akan dibangunkan khusus untuk menghubungkan Northport dan Westport, dan kedua-duanya dianggarkan bernilai RM8.3 bilion
  • Kerajaan memperuntukkan tambahan RM50 juta untuk menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi bagi kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam 
  • RM1.1 bilion diperuntukkan untuk menyokong projek bagi aktiviti pembangunan koridor termasuk RM50 juta untuk pembangunan Taman Industri Lembah Chuping di Perlis dan RM69.5 juta untuk projek-projek berkaitan Kuantan. 
  • Kerajaan akan membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk membentuk Digital Malaysia melalui kerjasama awam swasta, melibatkan pelaburan sebanyak RM21.6 bilion, dan kerajaan akan membiayai sekurang-kurangnya separuh. 
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan memperuntukkan RM250 juta untuk memanfaatkan pelbagai teknologi, termasuk melalui teknologi satelit.
  • Kerajaan akan memperkenalkan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta.
  • RM25 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan untuk menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital bagi dron penghantar, kenderaan pandu sendiri dan teknologi blockchain.
  • Kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mengembangkan jaguh tempatan dalam mewujudkan kandungan digital.
  • Kerajaan akan menyediakan 50 peratus geran padanan sehingga RM5,000 setiap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menerima pakai langkah pendigitalan operasi mereka seperti sistem jualan elektronik.
  • Kerajaan memperuntukkan RM550 juta untuk menyediakan geran padanan Automasi Pintar kepada 1,000 syarikat pembuatan dan 1,000 syarikat perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka. 
  • Sejumlah RM70 juta diperuntukkan kepada MDEC untuk menubuhkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di semua negeri untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.
  • Kerajaan akan menyediakan RM20 juta kepada Cradle Fund untuk menggalakkan inovasi di peringkat awal.
  • Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula GST
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan perkenalkan kemudahan pembayaran tertunda bagi percepat proses pelepasan dagangan rentas desa
  • Kerajaan akan bangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara sepanjang lima tahun
  • Kesalinghubungan di kawasan pedalaman di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak akan ditingkatkan untuk pasti tiada pihak terpinggir dalam era digital 
  • SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk sediakan akses jalur lebar menerusi teknologi satelit
  • RM10 juta diperuntukkan kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi memanfaatkan e-Pasaran dan platform media sosial untuk menjual produk mereka.
  • RM450 juta diperuntukkan kepada Khazanah Nasional untuk melaksanakan rangsangan digital untuk meningkatkan jumlah rakyat Malaysia, peniaga dan PKS menggunakan e-dompet. 
  • RM500 juta diperuntukkan kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dalam menjamin kemudahan yang diperuntukkan untuk usahawan wanita.
  • Peruntukan dana RM200 juta khusus untuk usahawan wanita, dengan tawaran pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap PKS.
  • Peruntukan dana RM300 juta untuk menyokong PKS yang berpotensi menjadi jaguh serantau, dengan keutamaan diberikan kepada pengeluar produk halal serta pengeluar produk dengan kandungan tempatan yang tinggi. 
  • Kerajaan akan perkenal Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta
  • Sebanyak RM25 juta diperuntuk untuk dana geran padanan secara bidaan bagi galak lebih banyak projek perintis aplikasi digital
  • Kerajaan cadang tubuh 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di semua negeri untuk mudahkan akses pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan
  • Kerajaan perkenal konsep Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) untuk tingkat keupayaan kerja masa depan dengan kemahiran digital
  • Kerajaan Pakatan Harapan iktiraf potensi tinggi e-Sukan dan tingkat peruntukan sebanyak RM20 juta tahun depan
  • Peruntukan RM10 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan untuk memberi tumpuan kepada khidmat nasihat dan kesedaran untuk pensijilan halal, pembangunan produk halal dan menyediakan platform untuk industri tempatan bersaing di pasaran halal antarabangsa yang bernilai US$3 trilion.
  • Siling Geran Pembangunan Pasaran setiap syarikat dinaikkan kepada RM300,000 setahun daripada RM200,000.
  • Kerajaan menaikkan siling penyertaan dalam setiap pameran eksport kepada RM25,000 daripada RM15,000.
  • RM50 juta diperuntukkan untuk menggalakkan PKS menyertai lebih banyak aktiviti promosi.
  • Kerajaan memperuntukkan tambahan RM50 juta kepada My Co-Investment Fund di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk membantu PKS yang sukar mendapat akses pembiayaan.
  • Kerajaan menyediakan RM1 bilion dalam bentuk jaminan padanan dengan nisbah 1:5 untuk dana ekuiti swasta khusus untuk melabur dalam konsortium Malaysia untuk memangkin dan menggalakkan pembiayaan kepada konsortium pembinaan yang membida projek dan konsesi di luar negara. 
  • RM150 juta untuk semua program pembangunan dan peningkatan kemahiran keusahawanan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd.
  • RM75 juta oleh SME Corporation untuk membina kapasiti PKS Bumiputera.
  • RM170 juta untuk akses pembiayaan melalui TEKUN, SME Bank dan Pelaburan Hartanah Bhd.
  • RM50 juta untuk program keusahawanan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. 
  • Sebanyak RM200 juta disediakan untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil Risda dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  • Kerajaan peruntuk RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada 2020 bagi tingkat pendapatan pekebun kecil
  • sebanyak RM810 juta disediakan untuk jaga kebajikan masyarakat Felda termasuk RM250 juta bagi program tingkat pendapatan 11,600 peneroka dan RM300 juta bagi hapus kira faedah pinjaman peneroka
  • Sebanyak RM738 juta disediakan untuk laksana pelbagai program jana pendapatan lebih 3,000 pekebun kecil dan 10,000 peserta Felcra
  • Peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditingkatkan kepada RM4.9 bilion pada 2020 untuk tingkat pendapatan pengusaha pertanian
  • Kerajaan menyokong projek-projek melalui program pembiayaan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd, menawarkan subsidi faedah dua peratus setahun melalui Dana Maritim dan Logistik (RM1 bilion) dan Dana Transformasi Pendigitalan Industri bernilai RM2 bilion.
  • Dana Transformasi Pendigitalan Industri akan menyokong pelaksanaan projek kesalinghubungan digital.
  • Saiz Dana Pembiayaan Pembangunan Mampan ditingkatkan kepada RM2 bilion daripada RM1 bilion.
  • Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi pinjaman perniagaan kecil di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina melalui Bank Simpanan Nasional dan RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India TEKUN Nasional, masing-masing pada kadar faedah sebanyak empat peratus.
  • Elaun sara hidup nelayan akan ditingkatkan daripada RM200 sebulan kepada RM250 sebulan melibatkan peruntukan sebanyak RM152 juta
  • Kerajaan peruntuk sebanyak RM150 juta untuk program integrasi tanaman bagi bantu petani, nelayan, dan pekebun kecil
  • Sebanyak RM30 juta diperuntuk untuk penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi yang akan beri manfaat kepada 1,200 petani
  • Kerajaan tingkat peruntukan input padi sebanyak RM855 juta tahun depan di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tingkat hasil padi 
  • Sebanyak RM43 juta disediakan untuk pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM11 juta menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk galakkan lebih ramai pelajar ke bidang STEM.
  • Kerajaan teruskan pemberian 50 peratus hasil cukai pelancongan kepada setiap kerajaan negeri bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020)
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diperuntuk sebanyak RM1.1 bilion untuk jayakan VMY2020
  • Kerajaan akan sumbang sebanyak RM100 juta untuk pembinaan sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera
  • Kerajaan akan anjur Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 untuk isi program VMY2020 bagi perkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan
  • Bagi mengukuhkan pembangunan ekosistem kewangan, Bank Negara Malaysia mencadangkan pelan penstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dengan menubuhkan institusi kewangan baharu dalam dua fasa melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, Danajamin Nasional, SME Bank dan Export-Import Bank of Malaysia. 
  • Jawatankuasa Khas Kewangan Islam akan ditubuhkan untuk merangka Pelan Tindakan Ekonomi Islam dan menganjurkan inisiatif capaian dan kursus profesional untuk meningkatkan kefahaman mengenai kewangan Islam di seluruh negara. 
  • Potongan cukai bagi kos penerbitan dan potongan cukai tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk di bawah prinsip Wakalah akan dilanjutkan untuk tempoh lima tahun sehingga tahun taksiran 2025. 
  • Pengecualian cukai kepada syarikat pengurusan dana yang menguruskan dana patuh Syariah dan dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) serta potongan cukai ke atas kos penerbitan Sukuk SRI dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2023.
  • Insentif Pengecualian Cukai Pendapatan bagi Perkhidmatan Teknologi Hijau dan Elaun Cukai Pelaburan Hijau akan dilanjutkan hingga 2023, dan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus untuk tempoh sehingga 10 tahun akan diberikan kepada syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga solar.
  • Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) untuk wujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada belia dan wanita
  • Program #MalaysiaKerja dijangka akan wujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350,000 untuk rakyat Malaysia dalam masa lima tahun
  • Kerajaan akan tingkat peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA di bangunan kerajaan terutamanya di hospital dan sekolah untuk ringan bebanan ibu bapa
  • Kerajaan kaji untuk tingkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021
  • Kerajaan bercadang untuk memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan
  • Kerajaan bercadang tingkatkan gaji minimum kepada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020.
  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri oleh Perkeso akan diperluas bagi membolehkan caruman oleh 18 kumpulan yang bekerja sendiri mulai tahun 2020.
  • Program i-Suri ditambah baik dengan beri peluang suami sumbang dua daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isteri.
  • Kerajaan akan tambah peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah daripada RM652 juta tahun lalu kepada RM735 juta tahun depan.
  • Kerajaan peruntuk RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  • Sebanyak RM23 juta akan disediakan untuk memastikan sekolah kebangsaan mempunyai kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Kerajaan tingkat peruntukan kepada RM5.9 bilion bagi perkasa program TVET
  • KWSP akan memperluaskan skop pengeluaran untuk biayai pendidikan di peringkat sijil
  • Kerajaan peruntuk sejumlah RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah MARA dan RM2 bilion bagi biayai pinjaman untuk 50,000 pelajar
  • Kerajaan tingkat peruntukan pembangunan luar bandar kepada RM10.9 bilion dalam usaha rapatkan jurang pendapatan dengan bandar 
  • Kira-kira RM587 juta diperuntukkan untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar dengan RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak
  • Sebanyak RM500 juta diperuntuk untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang bakal beri manfaat kepada lebih 30,000 orang dengan majoriti penerima tinggal di Sabah dan Sarawak
  • Kerajaan peruntuk RM1 bilion untuk pembangunan jalan luar bandar di seluruh Malaysia dengan tumpuan untuk bina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak
  • Sabah dan Sarawak kekal jadi negeri penerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion
  • Kerajaan akan tingkatkan subsidi dan bantuan sosial kepada RM24.2 bilion termasuk bantuan Kebajikan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) serta subsidi berkaitan bahan api
  • Kerajaan peruntuk RM5 bilion untuk BSH dan perluaskan skim kepada 1.1 juta individu bujang berumur lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan
  • OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak terima bayaran BSH.
  • Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak terima RM300 dan secara automatik jadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma
  • Kerajaan peruntuk RM80 juta untuk menaik taraf, baiki dan selenggara 67 pelbagai institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Sejumlah RM25 juta diperuntuk untuk urus, tadbir dan perluaskan program Food Bank ke seluruh negara
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta khusus untuk kembang latihan banduan bagi program perkhidmatan makanan (F&B), pertukangan, perkhidmatan dobi dan kimpalan
  • Kerajaan memperuntukkan RM57 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk kebajikan dan bantuan kepada Orang Asli
  • Sebanyak RM85 juta untuk sokong pembangunan dan pembaikan infrastruktur asas di kampung-kampung baru
  • Kerajaan akan terus pastikan sekurang-kurangnya 30 peratus tender setiap kementerian dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera
  • Peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri akan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion tahun ini.
  • Kerajaan naikkan elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta
  • Kerajaan cadang beri bantuan khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal (Muazzin), tok siak/noja/merbot (penjaga masjid) dan guru takmir
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bagi bangunkan pemahaman Maqasid Syariah
  • Sebanyak RM1.6 bilion untuk bina hospital baharu, naik taraf dan besarkan hospital sedia ada
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters
  • Kerajaan akan terus memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus tender di setiap kementerian dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera
  • Kerajaan mempelawa cadangan kerjasama awam swasta bagi merealisasikan projek untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh 
  • Kabinet akan menimbangkan semua cadangan, termasuk daripada Khazanah Nasional untuk pengambilalihan atau pelupusan semua saham dalam Plus Malaysia Bhd
  • Diskaun sebanyak 18 peratus bagi purata caj tol di semua lebuh raya PLUS
  • Peruntukan RM10 bilion bagi skim pembiayaan Sewa Untuk Milik oleh institusi kewangan dengan sokongan daripada kerajaan menerusi jaminan 30 peratus
  • Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar kepada RM600,000 daripada RM1 juta.
  • Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Jan, 2020 hingga 31 Dis, 2021. 
  • Skim Perumahan Belia menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama terhad kepada 10,000 unit rumah. 
  • Kerajaan akan menambah baik layanan Cukai Keuntungan Harta Tanah dengan menetapkan nilai pasaran pada1 Jan, 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah bagi harta tanah yang diperoleh sebelum 1 Jan, 2013 berbanding 1 Jan, 2000 yang ditetapkan sebelum ini. 
  • Kerajaan mencatatkan defisit fiskal sebanyak 3.7 peratus daripada KDNK pada 2018 dan dijangka untuk mencapai defisit yang disasarkan sebanyak 3.4 peratus pada 2019.
  • Perlindungan mySalam akan dipanjangkan mulai 1 Jan 2020 kepada 45 penyakit kritikal, individu yang berumur sehingga 65 tahun dan mereka yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000
  • Kerajaan bercadang sediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz libat kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar-bandar terpilih seluruh negara
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM15 juta untuk inisiatif Bandar Selamat
  • Sebanyak RM179 juta akan diperuntukkan untuk persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 serta pembangunan atlet paralimpik
  • Kerajaan akan wujudkan Dana Bantuan Bencana RM100 juta untuk pinjaman kepada petani terjejas dengan bencana alam dengan kadar faedah empat peratus.
  • Kerajaan memperuntukkan RM48 juta untuk memulihara keaslian hutan dan biodiversiti semulajadi Malaysia
  • Kerajaan akan tingkat peruntukan Kementerian Pertahanan daripada RM13.9 bilion dalam tahun 2019 kepada RM15.6 bilion bagi tambah kesiapsiagaan pertahanan
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM235 juta untuk membeli tambahan 20 mesin pengimbas kargo bagi ditempatkan di semua pintu masuk pelabuhan yang strategik
  • Perbelanjaan mengurus untuk membaiki dan menyelenggara aset awam sedia ada akan ditingkatkan kepada RM10.5 bilion pada 2020 berbanding hanya RM6.3 bilion pada tahun 2019
  • Kerajaan akan tambah 100 orang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2020
  • Kerajaan akan menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun
  • Faedah Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan nikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Jan 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta
  • Semua anggota bomba akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta melibatkan 14,400 anggota bomba
  • Bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta
  • Bantuan Khas Kewangan RM500 diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah dan Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada pesara kerajaan

Teks Ucapan

Untuk membaca teks ucapan pembentangan Belanjawan 2020 sebentar tadi anda boleh download di sini.

teks ucapan belanjawan 2020

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.