Advertisements

Bonus Raya Penjawat Awam RM500 Dibayar 6 Mei 2021

Pembayaran bonus raya penjawat awam sebanyak RM500 akan dibayar bermula 6 Mei 2021.

Berita gembira ini telah pun diumumkan secara rasmi oleh YB Perdana Menteri sendiri pada 22 April lalu.

Bantuan khas Aidilfitri ini akan diterima oleh semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuklah kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Pesara kerajaan akan turut menerima RM250 sebagai bonus raya tahun ini.

Bonus Raya Penjawat Awam RM500

Berikut adalah petikan media rasmi tentang pemberian bonus raya 2021.

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500

Kerajaan negeri Sabah turut mengumumkan pemberian bonus RM500 buat kakitangan kerajaan negeri.

Pembayaran akan dibuat bermula 7 Mei nanti.

Semua penjawat awam negeri bermula dari gred 54 dan ke bawah, termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri akan menerima bayaran berkenaan.

Pesara awam negeri, katanya turut menerima bayaran khas sebanyak RM250.

Bonus Raya Selangor Separuh Bulan Gaji / RM1,000

Manakala di Selangor, Kerajaan Negeri telah bersetuju Cadangan Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021 sebanyak ½ bulan gaji, minimum RM1,000.00 kepada semua anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri termasuk YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Tuan Speaker, YB Timbalan Speaker, YB Ahli Dewan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM22,675,613.52 yang akan dibayar pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.