Advertisements

Permohonan BUDI Sabah: Bantuan Pendaftaran IPT One-Off RM2000

Bagi pelajar anak Negeri Sabah yang baru sahaja melanjutkan pengajian di Institut Pangajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS, anda kini boleh memohon bantuan di bawah Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI).

Menerusi inisitif BUDI, pelajar-pelajar anak Sabah yang menyambung pengajian di IPTA atau IPTS pada tahun 2021 akan diberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM2000 seorang.

Matlamat pemberian BUDI ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi iaitu di IPTA dan IPTS.

Permohonan BUDI telah dibuka mulai Mac 2021 dan akan ditutup pada 30 Oktober 2021.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  2. Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
  3. Pemohon adalah pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.
  4. Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
  5. Pemohon yang telah mendapat tajaan Biasiswa atau Dermasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini.

Cara Memohon

Permohonan BUDI boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu melalui online dan secara manual.

Bagi kaedah online, permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Kemudian, klik butang ‘Daftar.’
  4. Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat diri bagi melengkapkan pendaftaran.
  7. Kemudian sediakan dokumen sokongan untuk penghantaran.

Untuk permohonan secara manual, permohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang di https://mttk.sabah.gov.my/media_file/fail/Borang%20permohonan%20manual%20BUDI.pdf.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

    Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah,
    Jalan Sulaman, Teluk Likas,
    88400 Kota Kinabalu.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan Surat Beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga) (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
  2. Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa/penjaga (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
  3. Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
  4. Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA (disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan).
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  6. Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon.

Soalan Lazim

Berapakah jumlan bantuan kepada pelajar yang layak menerima BUDI?

Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM2000 seorang.

Saya menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Adakah saya boleh memohon bantuan ini?

Tidak. Hanya pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja layak memohon BUDI.

Adakah saya layak memohon BUDI sekiranya pendapatan isi rumah keluarga saya ialah RM4,800?

Ya. Pendapatan keluarga pemohon yang berjumlah RM5,000 ke bawah layak memohon.

Adakah saya boleh memohon BUDI jika saya menyambung pengajian di IPT luar negara?

Tidak. Permohonan BUDI hanya dikhaskan kepada pemohon yang menyambung pengajian di dalam negara sahaja.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BUDI, sila hubungi urusetia yang terlibat iaitu:

  • Puan Rosni Leong: 08-8369 865
  • Puan Mary: 08-8369 890/872

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.