Advertisements

HPIPT 2021: Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor RM1,000

Advertisements

Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) kini dialu-alukan untuk memohon Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Selangor Tahun 2021.

Inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor ini memperuntukkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40.

Matlamat pemberian inisiatif ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS.

Ini secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berpendidikan tinggi yang terdiri daripada anak-anak Negeri Selangor pada masa akan datang.

Permohonan HPIPT bagi tahun 2021 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2021.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat untuk memohon HPIPT 2021 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
  2. Pemohon sudah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  3. Pemohon adalah pelajar tahun pertama di IPTA atau IPTS terbabit.
  4. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Jumlah pendapatan isi rumah keluarga pemohon adalah RM5,000 ke bawah.

Cara Memohon

Untuk memohon HPIPT 2021, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web iaitu https://hpipt.selangor.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’
  3. Klik butang ‘Daftar Baharu.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
  5. Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  6. Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  7. Setelah berjaya log in, isi maklumat dengan lengkap.
  8. Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’
  9. Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
  10. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:

    Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam, Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon.
  4. Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
  5. Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
  6. Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
  7. Surat Pengesahan Mastautin Pemohon daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja).
  8. Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5).
  10. Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja).
  11. Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
  12. Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
  13. Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.

Prosedur Pembayaran

Setiap permohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.

Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja.

Oleh itu, pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia HPIPT.

Soalan Lazim

Adakah pemohon, ibu atau bapa yang bukan warganegara Malaysia layak untuk membuat permohonan HPIPT?

Tidak boleh. Syarat utama HPIPT mestilah warganegara Malaysia.

Adakah Pemohon, ibu atau bapa yang bukan terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor boleh membuat permohonan HPIPT?

Boleh dengan syarat pemohon, ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan pemohon juga telah bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.

Adakah pelajar tahun pertama dan semester pertama merujuk perkara yang sama?

Tidak. Pelajar tahun pertama bermaksud telah cukup tempoh satu tahun pengajian. Sebagai contoh, jika pemohon telah mendaftar diri pada sesi Oktober 2020, pemohon hanya layak membuat permohonan HPIPT sehingga Oktober 2021 sahaja dalam tempoh permohonan HPIPT dibuka.

Adakah pelajar yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 boleh memohon HPIPT?

Tidak. Pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 bagi peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) adalah tidak layak memohon.

Jika saya mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG), adakah saya layak untuk memohon HPIPT?

Untuk pengetahuan, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi kerajaan yang mendapat elaun bulanan seperti IPG dan Kolej Kejururawatan adalah tidak layak memohon.

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih?

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai HPIPT 2021, sila hubungi Urusetia HPIPT di talian 03-5544 7385/03-5521 2306.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.