Advertisements

Permohonan Insentif Petani Muda Negeri Sembilan Sehingga RM10,000

Advertisements

Para petani muda di Negeri Sembilan yang ingin mengusahakan projek pertanian tetapi kekurangan modal kewangan boleh memohon Insentif Petani Muda dengan modal sehingga RM10,000 bagi setiap projek.

Pelaksanaan Insentif Petani Muda ini adalah di bawah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan yang mana matlamat pelaksanaan insentif ini adalah untuk menggalakkan golongan belia di bawah 40 tahun menceburi bidang pertanian.

Selain itu, insentif ini juga diharap mampu mengubah persepsi belia terhadap sektor pertanian yang mana merupakan sebahagian daripada industri yang mampu menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan.

Dengan pelaksanaan Insentif Petani Muda ini, diharap lebih ramai petani muda dapat dilahirkan di Negeri Sembilan yang seterusnya mampu menyumbangkan kepada perkembangan ekonomi di negeri tersebut.

Permohonan insentif ini telah dibuka dan tawaran ini terhad kepada 50 belia terawal sahaja.

Bentuk Bantuan

Bentuk bantuan atau insentif yang akan diberikan di dalam Insentif Petani Muda ini adalah seperti berikut:

  • Input pertanian
  • Infrastruktur ladang (contoh: perparitan, sistem pertanian, atau jalan ladang)
  • Latihan dan khidmat nasihat

Syarat Kelayakan

Belia yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sebelum memohon iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia berumur 40 tahun dan ke bawah.
  2. Merupakan anak Negeri Sembilan atau menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 10 tahun.
  3. Mempunyai kemudahan tanah sama ada milik sendiri atau sewa.
  4. Keluasan tanah adalah sekurang-kurangnya 0.4 hektar bagi konvensional, 1500 polibeg bagi fertigasi, 3000 bongkah cendawan, atau 20 haif lebah atau kelulut dan telah memulakan projek pertanian.
  5. Skop pembiayaan meliputi kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan input pertanian.

Cara Memohon

Belia yang berminat untuk memohon boleh memohon melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://pertanian.ns.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Muat Turun Borang.’
  3. Klik bahagian ‘Petani Muda’ dan muat turun borang permohonan.
  4. Isi borang permohonan dengen lengkap dan betul.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran atau ke:

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan,
Tingkat 3, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato’ Abdul Malek,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon dan pasangan (jika
    berkenaan).
  2. Salinan Lesen/Permit/Pendaftaran perniagaan yang sah (jika perlu).
  3. Salinan Hak Milik Tanah/Kebenaran Penggunaan Tapak (jika berkenaan).
  4. Salinan Perjanjian Sewa/Surat Kebenaran Penggunaan Tanah (Surat perjanjian/Kebenaran perlu disahkan).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Petani Muda, sila whatsapp 013-8573689 atau melayari laman web https://pertanian.ns.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.