Advertisements

Permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan RM60,000 Seunit

Bagi rakyat Negeri Sembilan yang memiliki tanah tetapi tidak mampu membina rumah sendiri, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan inisiatif baharu bagi membantu rakyat Negeri Sembilan memiliki rumah di atas tanah mereka sendiri berjumlah RM60,000 seunit iaitu Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan.

Pelaksanaan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah sebahagian daripada inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2021 Negeri Sembilan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) ini bertujuan untuk membantu golongan
berpendapatan rendah (B40) dan keluarga miskin di Negeri Sembilan yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa.

Pelaksanaan inisiatif ini memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah di Negeri Sembilan untuk memiliki rumah di atas tanah mereka sendiri.

Permohonan bagi Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Kos Rumah & Pembiayaan Balik

Melalui inisiatif ini, kos pembinaan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah sebanyak RM60,000 seunit.

Selepas rumah tersebut siap, pemohon akan membayar semula kos pembiayaan tersebut dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau selama 25 tahun.

Buat masa ini, tawaran Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah terhad kepada 70 unit sahaja.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun.
  2. Pemohon yang bujang atau berkahwin layak memohon. Jika sudah berkahwin, pasangan hendaklah juga warganegara Malaysia.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Pemohon memiliki tanah sendiri (tanah tersebut mestilah pemilikan penuh sahaj dan tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR serta bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  6. Keluasan minimum tanah milik pemohon adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan merangkumi keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem eKaseh.

Cara Memohon

Untuk memohon, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web PKNNS http://www.pknns.gov.my/index.php/component/content/article/9-uncategorised/355-program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan.
  2. Klik bahagian borang dan muat turun borang permohonan tersebut.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Hantar borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan ke pejabat daerah terdekat atau ke alamat berikut:

    Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
    Bahagian Teknikal, 23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
    70100 Seremban,
    Negeri Sembilan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami).
  3. Salinan Kad Pengenalan Waris.
  4. Salinan Sijil Nikah/Salinan Daftar Perkahwinan/Sijil Cerai/Sijil Kematian/Akuan Sumpah.
  5. Salinan Kad Pengenalan atau Mykid anak atau tanggungan yang tidak mempunyai Mykid atau berumur bawah 12 tahun.
  6. Salinan penyata akaun bank.
  7. Slip Gaji Terkini Pemohon: 3 bulan terakhir.
  8. Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami): 3 bulan terakhir (Jika ada).
  9. Surat Pengesahan Pendapatan (Jika ada).
  10. Penyata KWSP Pemohon: Penyata tahun semasa (Jika berkaitan).
  11. Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami): Penyata tahun semasa (Jika berkaitan).
  12. Gambar rumah terkini.
  13. Gambar tapak cadangan.
  14. Salinan Hakmilik Tanah.
  15. Salinan Sijil Carian Rasmi (Dapatkan di Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan (PTGNS).
  16. Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, sila hubungi pihak PKNNS di talian 06-761 6877 atau layari laman web http://www.pknns.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.