Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) RM3000

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan pembiayaan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan sebanyak RM3000.

Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan melalui TUNS.

Matlamat utama penubuhan TUNS adalah untuk melahirkan lebih ramai golongan usahawan berskala mikro yang berjaya.

Selain itu, pelaksanaan TUNS juga diharap dapat meningkatkan perniagaan para usahawan mikro sedia ada dan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Negeri Sembilan.

Semua jenis perniagaan adalah layak memohon pembiayaan TUNS kecuali:

  • Perkhidmatan insurans/perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
  • Institusi kewangan/pinjaman wang
  • Multi-level Marketing (MLM)
  • Ejen jualan/wakil penjual/dropship 
  • Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik

Antara pembiayaan yang boleh dimohon melalui TUNS ialah:

  • Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
  • Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
  • Promosi dan Pemasaran
  • Pembelian Bahan Mentah
  • Modal Kerja

Permohonan pembiayaan TUNS dibuka selama 1 bulan iaitu mulai 19 Ogos 2020 sehingga 20 September 2020.

Syarat Kelayakan

Usahawan yang ingin memohon pembiayaan TUNS perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon warganegara Malaysia.
  2. Perniagaan perlulah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.
  3. Perniagaan perlu beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  4. Perniagaan mestilah memenuhi definisi mikro iaitu jualan tahunan kurang RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  5. Perniagaan yang dijalankan adalah secara sepenuh masa.

Dokumen Sokongan

Usahawan yang ingin membuat permohonan perlu menyediakan terlebih dahulu dokumen sokongan sebelum mebuat permohonan secara atas talian.

Dokumen sokongan yang perlu disediakan ialah:

  1. Salinan kad pengenalan (perlu disahkan)
  2. Gambar pemohon berukuran passport
  3. Salinan lesen perniagaan
  4. Salinan perakuan pendaftaran SSM (perlu disahkan)
  5. Salinan penyata kewangan/akaun bank
  6. Gambar perniagaan (screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan).
  7. Salinan perjanjian sewa
  8. Bil utiliti/resit pembayaran
  9. Sebut harga

Bagi dokumen yang perlu disahkan, pemohon perlu membuat pengesahan dokumen sama ada melalui Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JPKKP/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri.

Cara Memohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan

Bagi permohonan pembiayaan TUNS, permohonan boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://tuns.my/.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Isi maklumat mengenai butiran pemohon dan klik butang ‘Semak Permohonan.’
  4. Kemudian, isi semua maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang dikehendaki.
  5. Pada akhir paparan permohonan, sila perakukan permohonan dan klik ‘Hantar.

Soalan Lazim

Saya sudah lama berniaga namun tiada SSM. Adakah permohonan saya akan diterima?

Pendaftaran SSM adalah syarat asas dalam memohon pembiayaan TUNS. Ketiadaan dokumen ini akan mengakibatkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.

Saya pernah muflis dan kini berstatus blacklist namun mempunyai sijil perakuan pendaftaran SSM tetapi tiada akaun bank. Adakah saya layak memohon?

Pemohon yang berstatus muflis adalah dibenarkan untuk memohon. Walaubagaimanapun, pemohon perlu melampirkan penyata akaun waris terdekat dan surat perakuan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Bolehkah koperasi/persatuan memohon TUNS?

Koperasi dan persatuan adalah tidak layak untuk memohon.

Adakah pembekal wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan?

Pembekal tidak wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia namun pembekal hendaklah sebolehnya dalam kalangan usahawan Negeri Sembilan atau pun berdaftar dengan PKNNS.

Bolehkah jumlah sebut harga melebihi RM3,000?

Jumlah sebut harga boleh boleh melebihi RM3,000 namun had maksimum kelulusan adalah RM3,000. Pemohon perlu membayar lebihan tersebut.

Bagaimanakah pembiayaan TUNS disalurkan?

Penyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon dan pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan. Kegagalan pemohon untuk berbuat demikian akan menyebabkan pemohon di senarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Bagi pemohon atau usahawan yang ingin mendapatkan maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh terus ke alamat:

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

No Tel: 06-761 6871
Hotline : 019-752 3251
Email : [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.