Advertisements

Permohonan Bantuan Zakat IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau MAIDAM telah membuka permohonan buat anak Terengganu yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara untuk memohon Bantuan Zakat IPT MAIDAM 2020.

Objektif utama pemberian Bantuan Zakat IPT MAIDAM 2020 kepada pelajar IPT dalam dan luar negara adalah untuk:

  • Menyediakan bantuan kepada anak Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian mereka di IPT sama di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa yang terpaksa menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu untuk menggalakkan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan.

Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM 2020 telah dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

Pemohon diingatkan untuk memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan sebarang permohonan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Baca juga: Bantuan HPIPT Kini Dibuka. Mohon sekarang!

Syarat Umum Permohonan MAIDAM

Permohonan Bantuan Zakat IPT MAIDAM 2020 perlu memenuhi syarat-syarat umum permohonan iaitu:

  1. Pemohon bergama Islam, berakal, dan merdeka.
  2. Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  3. Pemohon masih dalam tempoh pengajian atau penambahan semester. Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan pengajian daripada tarikh menghantar borang permohonan ke pejabat.
  4. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan yang melalaikan.
  5. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-manaibu dan bapa tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Syarat Khusus Penuntut IPT Dalam Negara

Bagi penuntut IPT di dalam negara, mereka perlu memenuhi beberapa syarat khusus iaitu:

  1. Memiliki Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing.
  2. Mendapat pointer CGPA 3.00 ke atas bagi keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT berkenaan.
  3. Pelajar diploma dan ijazah boleh memohon sekiranya ada atau tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/tidak bekerja. Pelajar perlu wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.
  4. Pelajar Master/PHD hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/dermasiswa/biasiswa/MyBrain/MyPhD/tidak bekerja. Pelajar wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.

Syarat Khusus Penuntut IPT Luar Negara

Bagi penuntut IPT luar negara pula, mereka juga perlu memenuhi beberapa syarat khusus iaitu:

  1. Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia.
  2. Pelajar perlulah tidak menerima mana-mana pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/tidak bekerja.
  3. Pelajar perlulah mempunyai keputusan peperiksaan keseluruhan semester/tahun pengajian.

Cara Memohon Zakat IPT MAIDAM 2020

Pemohon yang berminat untuk memohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  2. Klik butang ‘Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara’ untuk permohonan kali pertama. Bagi yang telah memohon sebelum ini, sila klik butang ‘Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.’
  3. Klik ‘Borang Permohonan’ di bahagian paling bawah.
  4. Masukkan no kad pengenalan.
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  6. Setelah lengkap mengisi semua maklumat, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  7. Kemudian cetak borang permohonan tersebut.
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke Pejabat Urusan Zakat Daerah masing-masing atau Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) MAIDAM Kuala Terengganu.
  9. Dokumen yang perlu disertakan ialah:
    i) Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak HEP IPT masing-masing atau daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia bagi pelajar IPT luar negara.
    ii) Keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT bagi pelajar dalam negara dan keputusan peperiksaan keseluruhan bagi pelajar IPT luar negara.
    iii) Surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.

Pertanyaan Lanjut

Pemohon yang ingin mengemukakan pertanyaan lanjut boleh menghubungi pusat urusan zakat dan daerah berikut iaitu:

  • Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT): 09-622 3500
  • Kuala Terengganu (Ibu Pejabat): 09-630 3030
  • Dungun: 09-845 2810
  • Marang: 09-618 3317
  • Kuala Nerus: 09-662 2488
  • Besut: 09-697 5323
  • Setiu: 09-609 0307
  • Hulu Terengganu: 09-681 7809
  • Kemaman: 09-859 4545
  • Kerteh: 09-826 6463

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.