Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma untuk memohon penajaan di
bawah Program Dermasiswa B40.
Program ini menawarkan penajaan pengajian bagi keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan pengajian secara kaedah dermasiswa.
Matlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
Penajaan bagi program ini melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, dan Institut Kemahiran Awam.
Permohonan dibuka selama tujuh 7 hari mulai 13 Julai 2020 (Isnin)
jam 9.00 pagi hingga 19 Julai 2020 (Ahad) jam 4.30 petang.
Syarat-Syarat Permohonan
Individu yang berminat memohon program ini perlu menepati syarat-syarat umum dan khusus permohonan.
Syarat-syarat umum permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.
- Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 buat kali pertama.
- Umur pemohon belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
- Ibu dan / atau bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
- Pendapatan perkapita keluarga pemohon adalah dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.
Bagi syarat-syarat khusus pula, pemohon mesti menepati syarat-syarat berikut:
- Untuk Universiti Awam / Politeknik yang dikenalpasti:
i) Pemohon menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.
ii) Pemohon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut. - Untuk Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
i) Pemohon menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil.
ii) Pemohon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja
Terdapat beberapa bidang pengajian yang tidak ditaja dalam program ini.
Bidang-bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Pendidikan
- Kejururawatan
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
- Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)
Langkah-Langkah Memohon
Pemohon yang menepati syarat-syarat umum dan khusus permohonan perlu mengikuti langkah-langkah berikut untuk memohon:
- Pemohonan perlu dibuat secara online di lama sesawang http://esilav2.jpa.gov.my.
- Lengkapkan maklumat yang diminta dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon dibenarkan mendaftar, mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan ini dijangka akan diumumkan pada bulan Oktober 2020.
Keputusan akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA iaitu http://esilav2.jpa.gov.my.
Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, perkara tersebut akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
Soalan-Soalan Lazim
Tidak. Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2020 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2019 sahaja.
Hanya pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah sahaja layak memohon.
Dermasiswa B40 Tahun 2020, adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA?
Ya. Pemohon boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan oleh JPA sekiranya melepasi syarat-syarat permohonan program penajaan.
Tidak. Keputusan adalah muktamad dan proses rayuan tidak akan dibuka.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Julai 2020 jam 4.30 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Pertanyaan & Info Lanjut
Bagi individu atau pemohon yang mempunyai sebarang masalah teknikal dalam membuat permohonan atau mempunyai pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Pusat Panggilan JPA di talian 03- 8885 3297.
Individu atau pemohon juga boleh mengemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di laman sesawang http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.