Kementerian Wilayah Persekutuan telah mewujudkan program pembangunan usahawan terbaharu untuk membantu usahawan golongan muda di Wilayah Persekutuan iaitu Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta agensi kerajaan lain yang berkaitan dengan pembangunan usahawan.
Melalui program ini, kerajaan menawarkan ruang perniagaan untuk anak muda terlibat di dalam bidang perniagaan dan menjadi seorang usahawan.
Program ini akan membantu melahirkan lebih ramai usahawan anak muda yang akan terlibat di dalam bidang perniagaan.
Program Usahawan Anak Muda Kota
Matlamat utama pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota ini adalah untuk:
- Merangsang ekonomi negara melalui aktiviti keusahawanan pasca wabak COVID-19.
- Melahirkan lebih ramai usahawan anak muda di lokasi tumpuan dan strategik sekitar ibu kota.
- Memperkasakan usahawan mikro supaya lebih berdaya saing dalam menghadapi norma baharu.
Pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota ini terdiri daripada:
- Bayaran sewaan nominal dan memudahcara permohonan lesen perniagaan di DBKL dan PPj
- Bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada agensi kerajaan.
- Bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran.
- Tawaran perniagaan francais.
- Peluang latihan serta tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi berkaitan.
Lokasi Perniagaan
Lokasi perniagaan yang ditawarkan melalui program ini ialah di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi Kuala Lumpur, lokasi perniagaan yang ditawarkan merangkumi:
- 64 kios di kawasan River of Life
- 85 kios di tengah bandar Kuala Lumpur
- 140 kios di Berjaya Times Square
- 490 kios di perhentian bas dan teksi
- 47 tapak luar pusat bandar
- 200 ruang niaga food truck
Untuk kawasan Putrajaya pula, lokasi perniagaan yang ditawarkan merangkumi:
- 3 tapak niaga di Kompleks PPj, Presint 3, Perhentian Bas, dan Persiaran Perdana 8B.
- 3 tapak niaga Dataran Putra, Presint 1.
- 20 tapak niaga di Dataran Gemilang Presint 4, Kompleks Kejiranan Presint 5, Kompleks Kejiranan Presint 14, Kompleks Kejiranan Presint 18, dan Persiaran Perdana Presint 2 & 3.
- 15 tapak niaga di Jalan Kayangan Presint 6, Medan Selera Baharu Presint 8, dan Laman Duta.
- 18 tapak niaga di Presint 19, Putrjaya Sentral, dan Medan Selera Presint 9.
- 7 tapak hotspot food truck.
- 30 tapak niaga di Dataran Belia, Presint 14.
Bagi 30 tapak niaga yang ditawarkan di Dataran Belia, Presint 14, Perbadanan Putrajaya menawarkan beberapa keistimewaan seperti:
- 6 bulan bayaran sewa percuma mulai Ogos 2020.
- Selepas 6 bulan, kadar sewa yang dikenakan adalah RM150.00 sebulan.
- Kos pengurusan pembersihan adalah percuma.
- Fi atau lesen penjaja adalah RM2.00 sehari.
Jenis-Jenis Perniagaan
Terdapat beberapa jenis-jenis perniagaan bagi usahawan yang terlibat di dalam program ini iaitu:
- Makanan dan minuman.
- Cenderamata dan kraftangan.
- Pusat gajet dan teknologi maklumat.
- Fesyen dan perhiasan.
- Produk kosmetik, kecantikan, pewangi, dan penjagaan kulit.
- Produk francais (Contohnya Costa Cofee, Tea Live, dan lain-lain).
- Food Truck.
Syarat-Syarat Permohonan
Individu yang berminat untuk memohon perlu memenuhi 3 syarat seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lahir atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas (keutamaan adalah kepada golongan belia)
Cara Membuat Permohonan
Individu yang melepasi syarat-syarat permohonan dialu-alukan untuk membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman sesawang https://usahawanwp.kwp.gov.my
- Isi maklumat pemohon pada Bahagian A.
- Isi maklumat mengenai maklumat pekerjaan terkini pada Bahagian B.
- Pada Bahagian C, pemohon perlu memuat naik dokumen yang diperlukan iaitu:
i) Gambar berukuran pasport
ii) Kad pengenalan pemohon
iii) Bil air atau bil api yang menunjukkan alamat kediaman.
iv) Sijil pendaftaran SSM (sekiranya telah mempunyai perniagaan).
Para pemohon boleh menyemak status permohonan mulai 1 Ogos 2020 secara berperingkat di laman sesawang:
- http://www.usahawanwp.kwp.gov.my/
- http://www.kwp.gov.my/
- https://www.dbkl.gov.my/
- https://www.ppj.gov.my/
Pertanyaan & Info Lanjut
Pemohon yang mempunyai pertanyaan dan info lanjut boleh mengubungi urusetia Bahagian Sosio Ekonomi KWP di talian 03-88897636/7644/7893/7767/7853
Pemohon juga boleh menghantar emel di alamat: [email protected] atau [email protected].