Selain saman PDRM, anda juga boleh membuat semakan saman JPJ, AES, DBKL dan status bankrap secara online.
Terdapat beberapa laman web yang menawarkan servis tersebut. Antaranya MyEG dan RILEK.
Semak Saman JPJ
Saman JPJ boleh disemak terus di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.
Caranya:
- Layari http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
- Pada bahagian “Semakan Saman” pilih sama ada carian menggunakan No. ID atau No. ID dan Nombor Kenderaan
- Pilih kategori ID
- Isikan No. ID dan No. Kenderaan
- Klik pada butang SEMAK. Hasil carian akan dipaparkan
Semak Saman AES
Saman AES boleh disemak sama ada menggunakan khidmat MyEG atau RILEK.
Baca juga: Senarai Lokasi AES 2017
Semakan Melalui MyEG
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG. Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari www.myeg.com.my.
- Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
- Login menggunakan nama dan kata laluan.
- Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
- Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.
MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.
Semakan Melalui RILEK
Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.
- Layari laman Semakan Saman PDRM di www.rilek.com.my/rmp/summons-inquiry dan daftar (sekiranya belum register).
- Login menggunakan nama dan kata laluan.
- Klik pada menu dropdown “Seach By” dan pilih kaedah semakan.
- Masukkan maklumat yang diminta dan kemudian tekan butang “Next”.
Semakan Saman SMS
Semakan saman JPJ juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas SMS. Caranya seperti berikut: