Advertisements

Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA 2020

Nak beli rumah tapi nama telah disenarai hitam CTOS / CCRIS?

Jangan risau, anda kini boleh membuat permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA 2020.

LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam menyediakan bantuan khas buat penjawat awam yang ingin membeli rumah bernilai sehingga RM700,000.

Anda juga boleh mohon Perumahan Penjawat Awam (PPAM).

Bagi yang bekerja swasta, terdapat beberapa bantuan kerajaan lain bagi memudahkan anda membeli rumah pertama antaranya:

Berikut apa yang anda perlu tahu dengan lebih lanjut tentang pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan.

Pinjaman LPPSA 2020

Selepas pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lepas, LPPSA mengemaskini dan melakukan penambahbaikan kemudahan pembiayaan mereka.

Berikut antara inisiatif baru yang diperkenalkan LPPSA:

Inisiatif 1: Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.

  1. Kos yuran guaman tidak termasuk dalam jumlah kelayakan pembiayaan LPPSA dan adalah satu pilihan (option) kepada pemohon.
  2. Kos yuran guaman ini adalah terpakai untuk yuran guaman dan bayaran berkaitan dokumentasi pembiayaan/ pinjaman, tidak termasuk yuran urusan perjanjian jual beli (SPA) dan kos pindah milik.
  3. Jumlah insurans/ takaful gadai janji yang dilindungi adalah merangkumi jumlah kelulusan pembiayaan termasuk kos yuran guaman.

Inisiatif 2: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

  1. Permohonan adalah tertakluk kepada syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan sektor awam.
  2. Setiap pemohon bersama adalah penama di dalam Perjanjian Jual Beli dan permohonan hendaklah dikemukakan serentak.
  3. Kategori anak yang dibenarkan adalah anak kandung sahaja.

Inisiatif 3: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam. Manakala pemohon bersama yang lain yang bukan anggota perkhidmatan awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.

  1. Sekurang-kurangnya seorang daripada pemohon adalah anggota kakitangan sektor awam.
  2. Pemohon bukan kakitangan sektor awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri dan bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.
  3. Pemohon perlu melantik peguam yang sama bagi urusan dokumen pembiayaan di LPPSA dan institusi kewangan yang berkaitan.
  4. Setiap pemohon bersama adalah penama di dalam Perjanjian Jual Beli dan permohonan hendaklah dikemukakan serentak.
  5. Kategori anak yang dibenarkan adalah anak kandung sahaja.
  6. Wang beza hendaklah diselesaikan terlebih dahulu melalui pengeluaran oleh institusi pembiaya.

Kelebihan Pinjaman Perumahan Kerajaan

1. Pinjaman Perumahan sehingga 100% Pembiayaan.

  • Contoh Loan LPPSA : Harga rumah RM 300,000. Jumlah pembiayaan perumahan juga sehingga RM 300,000.
  • Contoh Loan Bank : Harga rumah RM300,000. Jumlah pembiayaan maksimum sehingga 90% iaitu RM 270,000. Selebihnya harus dibayar dengan bayaran deposit.
  • Kesimpulan : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 300,000 iaitu RM 30,000.

2. Kadar Faedah atau Interest 4% tetap

  • Loan LPPSA : 4% Interest ataupun Kadar Faedah Setahun.
  • Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank bergantung pada harga rumah. Makin tinggi harga rumah yang dibeli, makin rendah kadar faedah bank dikenakan.
  • Kadar Bank bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)
  • Kesimpulan : Kadar Faedah Loan LPPSA sangat rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.

3. Tempoh pinjaman (loan tenure)

  • Loan LPPSA : Pinjaman selama 30 tahun (bagi rumah LPPSA pertama), 25 tahun (bagi rumah LPPSA kedua) dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun

Contoh pengiraan 1 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Abu berumur 60 tahun.

Contoh pengiraan 2 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Abu berumur 90 tahun

  • Loan Bank : Pinjaman selama 35 tahun dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam 75 tahun.

Contoh pengiraan 1 : Aziz mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 35 tahun
Tamat Loan Aziz berumur 65 tahun

Contoh pengiraan 2 : Aziz mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 15 tahun sahaja
Tamat Loan Aziz berumur 75 tahun

Berdasarkan pemerhatian kasar, LPPSA menawarkan pembiayaan bulanan lebih rendah berbanding pinjaman perumahan lain termasuk dari bank swasta yang kadar faedahnya 5-8%.

Cara Memohon Online

Sila rujuk carta aliran proses di bawah untuk dapatkan gambaran lebih jelas bagaimana proses mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan sektor awam.

Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi LPPSA di https://sppb.lppsa.gov.my/v2/

Jom Semak LPPSA

Untuk anda yang telah membuat pinjaman dan ingin membuat semakan penyata baki pinjaman LPPSA, anda boleh layari http://www.lppsa.gov.my/jomsemak/

Cuma masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan online.