Berminat untuk memohon / semak status permohonan Perumahan Penjawat Awam 2020 atau PPAM?
Permohonan dibuka sepanjang tahun kepada semua penjawat awam termasuk yang berpencen dan kontrak.
Sekiranya berminat, anda boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa namun hanya satu projek akan ditawarkan bagi setiap isi rumah.
Melalui skim ini, pemohon tidak dibenarkan menjual rumah yang dibeli dalam tempoh 10 tahun melainkan mendapat kelulusan daripada Kerajaan atau menjual kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak.
Skim ini dulunya dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M.
PPA1M atau Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2013 bertujuan membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 seunit khususnya di bandar-bandar utama.
Kesemua projek PPAM dikendalikan oleh unit PPAM, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Di bawah skim khas ini, Kerajaan telah menetapkan untuk menyediakan sejumlah 100,000 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam menjelang akhir tahun 2018.
Permohonan PPAM 2020
Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PPA1M atau layari http://www.ppam.gov.my/
Projek PPAM boleh dilaksanakan di mana-mana lokasi yang dikenalpasti mempunyai permintaan di kalangan penjawat awam bagi kawasan tersebut dan sekitarnya. Keutamaan adalah di kawasan bandar.
Kesesuaian lokasi perlu mengambil kira jarak dan kemudahan ke tempat kerja serta persekitaran yang kondusif.
Spesifikasi Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.
Untuk senarai projek anda boleh rujuk di sini.
Berikut antara spesifikasi lain PPAM:
- Jenis rumah: bertingkat/apartmen atau bertanah. Semua jenis apartmen, perlu disediakan kemudahan lif;
- Saiz rumah: Sekurang-kurangnya 850 kaki persegi (kps). Setiap rumah perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air;
- Kemasan rumah: kemasan minimum bagi Pembangunan Berstrata dan Pembangunan Bertanah;
- Reka bentuk: konsep reka bentuk perlu mengambil kira penjimatan kos pembinaan dan penyelenggaraan, keselesaan penghuni dari segi pencahayaan dan pengudaraan;
- Kemudahan perumahan (amenities): kemudahan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
Harga rumah bermula dari RM90,000 sehingga RM300,000. Namun pembelian rumah ini tidak terpakai dalam skim MyDeposit 2018.
Syarat Kelayakan
Permohonan PPAM hanya terbuka kepada anggota berikut:
- Perkhidmatan Awam Persekutuan
- Perkhidmatan Awam Negeri
- Badan Berkanun Persekutuan
- Badan Berkanun Negeri
- Pihak Berkuasa Tempatan
Semua Penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri layak memohon PPAM.
Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan layak memohon termasuklah yang sudah berpencen dan kontrak.
Pemohon boleh memohon lenih dari satu produk pada satu-satu masa namun pemohon boleh ditawarkan salah satu produk sahaja bagi setiap isi rumah.
Moratorium selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri dan anak-anak.
Senarai Projek PPAM
Berikut antara projek PPAM yang masih dibuka. Antaranya:
- PPA1M Kempadang Residensi (Kuantan, Pahang)
- PPA1M Mutiara Semantan (Temerloh, Pahang)
- PPA1M Taman Chenor Indah (Maran, Pahang)
- PPA1M Sofiya Residensi (Kuala Lumpur)
- PPA1M Taman Gantok Setia (Temerloh, Pahang)
- PPA1M Taman Puncak Sri Machang (Machang, Kelantan)
Untuk kesemua senarai projek sila rujuk laman web rasmi PPAM.
Untuk maklumat lanjut tentang skim ini, sila download manual garis panduan di sini.
Semak Status Permohonan
Untuk semakan status permohonan Perumahan Penjawat Awam, anda boleh layari https://apps.ppam.gov.my/check-application