insentif generasi muda igems

Permohonan Insentif Generasi Muda (iGems) RM300

Berita baik buat pasangan yang baru bernikah di Selangor, anda boleh menikmati insentif sebanyak RM300 melalui program Insentif Generasi Muda atau iGems.

Permohonan boleh dibuat secara online bermula 18 November 2019 sehingga tarikh tutup 31 Jun 2020.

Program ini adalah anjuran bersama kerajaan Negeri Selangor dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Pengenalan Insentif Generasi Muda

iGems merupakan kesinambungan daripada program Perkahwinan Belia Selangor yang menyediakan bantuan RM500 kepada pasangan baru berkahwin di Selangor.

Melalui iGems, generasi muda dapat menikmati insentif RM300 di samping kos menghadiri kursus perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Program ini telah diumumkan oleh Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan pada 13 November 2019.

Syarat Pendaftaran iGems

Berikut syarat-syarat permohonan iGems seperti yang tertera di portal rasmi http://igems.yawas.my/admin/online.php

  1. Permohonan mestilah dibuat secara online sahaja
  2. Hanya terbuka untuk rakyat negeri Selangor
  3. Jika bukan, mestilah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Selangor)
  4. Hanya untuk pasangan yang telah berkahwin 6 bulan ke bawah sewaktu permohonan dibuat
  5. Hanya untuk perkahwinan kali pertama
  6. Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu permohonan dibuat
  7. Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas
  8. Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja

Bagi kelayakan insentif RM300, pasangan suami / isteri mestilah memenuhi syarat-syarat di atas.

Anda juga mestilah hadir dan tamatkan kursus perkahwinan secara berpasangan di lokasi-lokasi yang telah dipilih.

Berikut adalah jadual tarikh dan tempat yang akan diadakan kursus. Jadual ini akan dikeluarkan secara berkala.

lokasi igems

Dokumen Diperlukan

Setelah pendaftaran dibuat, sila hantar dokumen sokongan dengan lengkap dan segera ke emel daftarigems@gmail.com dalam masa 14 hari selepas tarikh daftar.

Antara dokumen yang perlu dihantar termasuklah:

  • Satu salinan MyKad pemohon dan pasangan
  • Satu salinan Sijil Perakuan Nikah
  • Satu salinan Sijil Daftar Perkahwinan
  • Surat Pengesahan Mastautin bagi pemohon bukan kelahiran negeri Selangor

Jika YAWAS tidak terima dalam tempoh tersebut permohonan anda akan digagalkan. Sebarang rayuan tidak akan diterima.

Pengesahan bermastautin ini hanya boleh disahkan oleh:

  • Ahli Parlimen Negeri Selangor
  • ADUN
  • Penyelaras DUN Selangor
  • Ketua Kampung
  • Nazir Masjid
  • Pengerusi Taman Perumahan

ebarang pertanyaan boleh hubungi maklumat berikut:

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum,
7/52, Persiaran Kayangan,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Atau boleh juga hubungi nombor 03-5481 8800.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.