insentif perkahwinan selangor

Permohonan Insentif Perkahwinan RM500 Untuk Bakal Pengantin 2018

Di Selangor, selain bantuan Kasih Ibu Smart Selangor, bakal pengantin juga boleh memohon insentif perkahwinan sebanyak RM500.

Jika dulu hadiah perkahwinan ini cuma RM200 bagi setiap pengantin, namun bermula 2014 insentif perkahwinan ini dinaikkan kepada RM500 setiap pasangan.

Berikut dikongsikan info lanjut bagaimana untuk memohon insentif tersebut.

Pastikan anda baca juga: Permohonan Rumah Selangorku 2018

Program Insentif Perkahwinan Selangor

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Dan ianya merupakan salah satu daripada 19 Inisiatif Peduli Rakyat Selangor 2018.

Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan.

Penyaluran Insentif akan disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium. Pemohon tidak perlu membuka akaun BSN untuk menerima insentif tersebut.

Syarat permohonan mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor ATAU;
  • Lahir di luar Negeri Selangor DAN
    – Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
    – Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
  • Berumur 35 tahun ke bawah
  • Perkahwinan kali pertama sahaja
  • Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
  • Tarikh tutup pendaftaran online adalah sebelum genap 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
  • Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja

Prosedur Permohonan Online

Sekiranya pemohon menepati syarat-syarat di atas, anda boleh mengemukakan permohonan secara online. Perlu diingatkan permohonan hanya sekali sahaja dan perlu dibuat online.

Sila pastikan Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Kahwin telah di sediakan sebelum mengisi borang.

Dokumen sokongan perlu dihantar ke pejabat YAWAS dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran Online. Berikut antara dokumen yang perlu dihantar:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
  3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
  4. Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)

Permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan. Sebarang rayuan tidak akan diterima.

Dokumen perlu dihantar sama ada ke pejabat YAWAS atau di Pusat Khidmat Masyarakat DUN terdekat.

Alamat YAWAS

Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 

Semoga insentif perkahwinan Selangor ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban bakap pengantin 2018.

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...