Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2018 (Inisiatif Peduli Rakyat)

Selepas PRU14, Selangor masih kekal di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Harapan rakyat Selangor tentulah dikekalkan segala senarai bantuan kerajaan negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat Selangor 2018.

Namun belum diketahui sama ada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali akan kekal mentadbir Selangor atau melepaskan jawatan kerana beliau akan menyertai barisan Kabinet 2018 sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Inisiatif Peduli Rakyat Selangor

Sejak PH memerintah Selangor selepas memenangi PRU12 pada tahun 2008, kerajaan negeri telah memperkenalkan skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Di bawah skim ini terdapat banyak skim bantuan yang telah diperkenalkan. Antaranya:

Objektif utama diperkenalkan IPR adalah untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

Program-program di bawah IPR telah menyumbang lebih RM1.8 bilion kepada rakyat Selangor.

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2018

Berikut diterangkan secara lebih terperinci apa yang kerajaan negeri Selangor tawarkan buat rakyat Selangor. Dan diharapkan inisiatif seperti ini dapat diserapkan ke dalam Bantuan Kerajaan 2018 untuk rakyat Malaysia.

IPR 1 – Air Percuma Setiap Bulan

air percuma selangor

Semua rakyat Selangor boleh menikmati air bersih percuma setiap bulan. Pemberian air percuma ini tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut.

IPR 2 – Skim Mesra Usia Emas

skim mesra usia emas

Melalui skim ini, khairat kematian sebanyak RM2,500 disediakan untuk warga emas / OKU yang layak.

Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.

IPR 3 – Tabung Warisan Anak Selangor

tabung warisan anak selangor

Tabung Warisan Anak Selangor atau TAWAS diperkenalkan lebih awal dari Amanah Dana Anak Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memberi RM1,500 kepada ahlinya apabila mencapai usia 18 tahun.

Selain itu, Skim Khairat Kematian TAWAS turut diperkenalkan. Melalui skim ini, RM1,500 akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

IPR 4 – Hadiah Pengajian IPT

Mana-mana rakyat Selangor yang ditawarkan pengajian ke Universiti Awam layak memohon Hadiah Pengajian IPT sebanyak RM1,000 seorang.

IPR 5 – Tabung Anak Pekerja Ladang

Melalui skim ini, tujuh (7) dana / bantuan disediakan kepada anak pekerja ladang, antaranya:

  1. Bantuan Biasiswa (One-Off) kepada anak pekerja ladang. Bantuan diberikan dalam bentuk biasiswa (One-Off) untuk membiayai pembayaran semester pertama pembelajaran.
  2. Program Kemahiran Teknikal di Kolej INSPENS. Program usahasama dengan kolej INSPENS bagi membiayai pembelajaran dan sara hidup sepanjang pembelajaran.
  3. Program Kelas Tambahan Sekolah Tamil di Ladang Negeri Selangor. Program tahunan yang diadakan di Sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor untuk pelajar-pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.
  4. Program-program peningkatan pembelajaran untk anak-anak pekerja ladang. Program usahasama dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) yang
    membantu meningkatkan pembelajaran anak-anak pekerja ladang.
  5. Bantuan kewangan untuk Sekolah-Sekolah Tamil di Ladang Bantuan kewangan yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk membiayai pembayaran guru-guru sekolah, penyelenggaraan bangunan sekolah, pembelian peralatan dan kemudahan sekolah serta pembinaan pondok bacaan.
  6. Subsidi Tambang Bas Sekolah Bantuan yang diberikan untuk membiayai tambang bas sekolah untuk anak- anak pekerja ladang.
  7. Program penyerahan sumbangan/ hadiah kecemerlangan UPSR untuk anak-anak pekerja ladang. Program berbentuk majlis penyerahan sumbangan (cermin mata) dan hadiah kecemerlangan pelajar UPSR 2009.

IPR 6 – Skim Kesihatan Wanita

IPR 7 – Skim Hijrah

Antara senarai bantuan kerajaan negeri Selangor yang menarik lagi adalah Skim Hijrah. Skim ini bertujuan menyediakan dana tambahan buat peniaga-peniaga kecil di Selangor.

Sebagai penganjur program, kerajaan negeri Selangor menyediakan modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM100 juta dengan pemberian pinjaman perniagaan sehingga RM50,000.

IPR 8 – Pusat Tuisyen Rakyat Selangor

Tuisyen percuma disediakan untuk anak Selangor yang datang dari keluarga berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Antara subjek yang diajar termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

IPR 9 – Skim Bantuan Asuhan Rakyat

Melalui skim ini, ibu bapa yang layak akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan.

Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

IPR 10 – Skim Bantuan Tadika Selangor

Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

IPR 11 – Insentif Perkahwinan Belia

Melalui skim ini mana-mana pasangan yang hendak berkahwin boleh mendapatkan hadiah perkahwinan sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri Selangor.

IPR 13 – Khidmat Bas Selangorku Percuma

IPR 14 – WIFI Smart Selangor

Hotspot yang memancarkan WIFI dipasang di sekitar Negeri Selangor. Jumlah hot spot tersebut akan berterusan ditambah dengan tujuan keseluruhan Negeri Selangor

IPR 15 – Skim Rumah Selangorku

Warga Selangor yang layak, boleh memohon untuk memiliki sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000 melalui Skim Rumah Selangorku.

IPR 16 – Skim Peduli Sihat

skim peduli sihat selangor

Untuk ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan bagi menjayakan Skim Peduli Sihat.

Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

IPR 17 – Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor 2016. Biasiswa Selangorku untuk pelajar KUIS & UNISEL sahaja.

IPR 18 – Kasih Ibu Smart Selangor

kasih ibu smart selangor 2018

Bagi menghargai peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor atau KISS.

Ianya merupakan sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon setiap senarai bantuan kerajaan negeri Selangor 2018 ini, layari portal rasmi kerajaan negeri Selangor di ipr.selangor.gov.my.