Advertisements

Laporan Audit 1MDB: Pendedahan Eksklusif Penyelewengan 1MDB 2018

Berikut link download laporan audit 1MBD atau 1Malaysia Development Berhad.

Rakyat Malaysia masih tertanya-tanya tentang skandal pengelewengan dana 1MBD dan apa yang jadi pada duit pelaburan 1MBD memandangkan sebelum ini laporan audit 1MDB diklasifikasikan sebagai rahsia.

Sehinggalah pada 15 Mei lalu selepas satu perjumpaan khas bersama Perdana Menteri, Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB diklasifikasikan semula sebagai “Dokumen Terbuka” yang boleh dimuat turun di portal rasmi JAN.

Ringkasan Laporan Audit 1MBD 2018

Pembongkaran skandal penyelewangan 1MBD telah hangat diperkatakan sejak tahun 2016 lagi.

Namun atas desakan kerajaan sebelum ini, kes 1MBD telah dirahsiakan daripada umum.

Sehinggalah kes dibuka semula selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 9 Mei lalu.

Angka-angka hutang yang tertera dalam laporan audit 1MBD semestinya mengejutkan ramai pihak. Lebih parah, kebanyakan laporan audit berkenaan menyamai tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika (DoJ) sejak 2016 dan 2017 lagi.

Pengauditan 1MDB telah dibuat oleh JAN sejak 10 Mac 2015 dan laporannya telah dibentangkan pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 9 dan 10 Julai 2015.

Laporan awal tersebut hanya membincangkan mengenai analisis penyata kewangan dan pelaburan dalam syarikat usaha sama dengan PetroSaudi, langganan nota murabahah dan Segregated Portfolio Company (SPC).

Dan pada 31 Januari 2016 satu lagi pengauditan dibuat dan Laporan Akhir disediakan mengandungi analisis penyata
kewangan dan kedudukan kewangan Kumpulan 1MDB bagi penyata kewangan berakhir pada 31 Mac 2014 dan maklumat kewangan yang diterima sehingga 31 Oktober 2015.

Selain itu, analisis juga dibuat terhadap prestasi pelaburan dalam ekuiti, nota murabahah, dana portfolio, Kumpulan SRC, sektor hartanah dan sektor tenaga. Laporan Akhir ini mengambil kira isu yang telah dilaporkan dalam Laporan Interim dan juga perbincangan di peringkat PAC.

Anda boleh download dan baca laporan penuh pengauditan 1MBD di bawah:

Sumber: Jabatan Audit Negara (www.audit.gov.my)

Dalam masa sama, sebuah akhbar melaporkan Jho Low kini berada di Taiwan.

Jhow Low sedang dicari oleh pihak berkuasa Malaysia sejak 2015 lagi kerana dituduh telah menyeleweng wang 1MDB dan membelanjakan wang tersebut secara boros termasuk membeli kapal layar mewah Equanimity berharga AS$ 250 juta yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia pada Mac lalu.

Menurut Tun Daim yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Jho Low adalah saksi terbaik untuk membantu kes siasatan 1MDB.

“Oleh kerana dia tidak bersalah, saya harap dia datang bantu kita,” kata Daim dalam sidang media di Menara Ilham di ibu negara hari ini.