Tahniah Pakatan Harapan atas kemenangan pada PRU14. Tahniah juga kepada Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Dr Mahathir yang buat kedua kalinya menjawat jawatan tersebut.
Berikut dikongsikan Manifesto Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 yang telah berlangsung 9 Mei lalu.
Manifesto bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ tersebut merangkumi lima teras utama iaitu:
- Teras 1: Meringankan Bebanan Kehidupan Rakyat
- Teras 2: Mereformasi Institusi Pentadbiran dan Politik
- Teras 3: Merancak Pertumbuhan Ekonomi Yang Adil dan Saksama
- Teras 4: Mengembalikan Status Sabah dan Sarawak Berteraskan Perjanjian Malaysia 1963
- Teras 5: Membina Malaysia Yang Inklusif, Moderat dan Gemilang di Persada Dunia
Dalam masa sama, Pakatan Harapan dalam Buku Harapan turut berjanji 10 perkara yang akan dibuat dalam masa 100 hari selepas mereka membentu Kerajaan Persekutuan.
Antara janji tersebut termasuklah:
- Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat
- Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar
- Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA
- Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah
- Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum
- Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam PTPTN ke atas peminjam
- Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka
- Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963
- Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40
- Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing
Baca juga: Klik Sini Untuk Semakan Daftar Pemilih PRU 14 Secara Online
Manifesto Pakatan Harapan PRU 14
Apakah pendapat anda tentang Manifesto Pakatan Harapan kali ini?
Mampukah Pakatan Harapan yang diketuai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir merealisasikan janji mereka dalam masa 100 hari selepas menjadi Kerajaan Persekutuan nanti?
Bagi penerima BR1M 2018, Pakatan Harapan turut berjanji akan meneruskan pemberian BR1M kepada golongan B40.
Perkara ini terkandung dalam Janji 34 di mana sebuah agensi khas akan diwujudkan untuk mengambil alih pengurusan BR1M dan memperkenalkan skim bantuan tunai (cash transfer scheme) yang tersusun dan bebas dari politik kepartian.
Manifesto PH turut menawarkan pendidikan percuma di Universiti Awam (UA), pelaksanan gaji minimum RM1,500, hapuskan tol secara berperingkat, sejuta pekerjaan baharu dan mengurangkan dua juta pekerja asing dalam tempoh 5 tahun.
Untuk maklumat lanjut tentang Manifesto Pakatan Harapan 2018, sila download Buku Harapan setebal 236 muka surat di bawah.