asb atau tabung haji

Simpanan ASB vs Tabung Haji Mana Lebih Untung?

Kalau ditanya tempat simpan duit terbaik di Malaysia ramai yang akan bagi jawapan sama ada ASB atau Tabung Haji. Tetapi antara kedua-duanya mana satu lebih menguntungkan?

Bagi menjawab persoalan itu, kami merujuk beberapa artikel di Internet yang ditulis oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.

Simpanan ASB atau Tabung Haji?

Dividen ASB 2017 sudah pun diumumkan sebanyak 8.25 sen sesaham; pengagihan pendapatan 7.00 sen seunit, bonus 0.25 sen seunit dan Bonus Khas Ulang Tahun PNB Ke-40 sebanyak 1.00 sen seunit.

Dividen Tabung Haji bagi tahun 2017 masih belum diumumkan (akan dikemaskini).

Berikut adalah jadual simulasi perbadingan keuntungan ASB dan Tabung Haji apabila melibatkan kiraan zakat yang dikongsikan oleh Afyan Mat Rawi di Facebook beliau.

Perbandingan ini bukan untuk membandingkan mana yang lebih bagus tapi sebagai pedoman kita untuk merancang pembayaran zakat.

Untuk makluman, di Malaysia hampir semua pusat zakat negeri yang disemak mengambil pendekatan ASB sebagai simpanan, bukan pelaburan.

Jadi, zakat ASB sama dengan zakat simpanan iaitu 2.5% daripada jumlah ASB. Di Selangor, ia diambil dari baki amaun terakhir. Di sesetengah negeri, ia diambil dari baki terendah.

Berbeza bagi Tabung Haji di mana Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan sejak 1979 bahawa wang deposit TH tidak perlu dizakatkan lagi.

Berdasarkan rekod, pulangan ASB ialah sekitar 6.5% ke 7.5%, manakala pulangan Tabung Haji pula ialah sekitar 5% ke 6%. Berikut adalah prestasi semasa ASB vs Tabung Haji bagi tahun berakhir 2017.

ASB

  • 2012 – 7.75%
  • 2013 – 7.70%
  • 2014 – 7.50%
  • 2015 – 7.25%
  • 2016 – 6.75%
  • 2017 – 7.00%

*Dividen sahaja, tidak termasuk bonus

Tabung Haji

  • 2012 – 6.50%
  • 2013 – 6.00%
  • 2014 – 6.25%
  • 2015 – 5.00%
  • 2016 – 4.25%
  • 2017 – belum diumumkan

*Hibah TH sahaja, tidak termasuk bonus atau Hibah Haji

Jika dilihat rekod di atas sekali imbas, pulangan ASB setiap tahun mengatasi TH paling minima 1.25% dan pernah mencecah 2.5% perbezaan iaitu pada tahun 2016.

Namun apabila dibuat kiraan simulasi ini, hasilnya mengejutkan (rujuk jadual di bawah).

Dengan modal RM100,000 pada tahun pertama dan dibiarkan ia kompoun selama 5 tahun. Kemudian masukkan sekali kiraan zakat yg perlu dibayar setiap tahun.

ASB
Modal tahun pertama RM100,000
+ Tambah untung: RM7,500
– Tolak zakat: RM2,500
= Baki akhir: RM105,000
(Untung RM7,500 masih peru dizakatkan pada tahun berikutnya apabila cukup haul)

TH
Modal tahun pertama RM100,000
+ Tambah untung: RM5,000
– Tolak zakat: RM0
= Baki akhir: RM105,000
(Untung RM5,000 sudah siap-siap dizakatkan)

Kemudian ia diunjurkan selama 5 tahun, dan lihat baki akhir kedua-duanya.

Pengiraan di atas tidak dimasukkan bersama bonus kerana tidak semua pendeposit terima bayaran bonus dividen ASB dan Tabung Haji. Untuk makluman, selain keuntungan, ASB dan Tabung Haji memberi bonus kepada pendeposit tertaklut kepada terma dan syarat.

Berikut pula contoh pengiraan keuntungan selama 5 tahun dari 2012 hingga 2017.

Portal rasmi ASB: http://www.asnb.com.my

Portal rasmi Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/

Semoga perkongsian ini membantu anda menentukan di mana mahu simpan duit sama ada ASB atau Tabung Haji. Bagi yang ingin menyimpan di ASB, pastikan anda baca: Tutorial Semak ASB Online di MyASNB.