Advertisements

Semakan Pusat Mengundi & Sekolah Tempat Mengundi PRU14

Esok 9 Mei adalah hari mengundi PRU14. Pastikan anda yang layak mengundi sudah membuat semakan pusat mengundi masing-masing di portal rasmi SPR. Tujuan semakan dibuat untuk mengetahui pusat mengundi dan sekolah tempat mengundi PRU14.

Jika sebelum ini semakan daftar pemilih hanya memaklumkan status pendaftaran pemilih sama ada berkelayakan atau tidak sebagai pengundi Pilihan Raya Umum ke-14, tapi kini anda sudah boleh membuat semakan dengan lebih terperinci.

Kemaskini: Pemilih juga boleh membuat semakan calon bertanding di DUN dan Parlimen masing-masing di portal SPR.

Jika anda semak sekarang belum dapat tahu di sekolah mana anda mengundi. Sistem semakan daftar pemilih hanya memaparkan kawasan Parlimen atau DUN mengundi setiap pemilih.

Semakan Pusat Mengundi PRU14

Selain semakan online, pemilih juga boleh membuat semakan pusat mengundi melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui aplikasi MySPR Semak atau menghubungi talian 03-88927018 atau SMS ke 15888.

Untuk makluman, SPR telah menetapkan tarikh 9 Mei sebagai hari mengundi PRU14.

Pada tarikh tersebut, cuti umum telah pun diluluskan bagi memberi laluan pengundi balik mengundi di kawasan masing-masing.

Pastikan anda baca juga: Manifesto Barisan Nasional vs Manifesto Pakatan Harapan

Diharapkan anda menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan mendaftar sebagai pengundi sebaik cukup umur 21 tahun.

Namun bagi pengundi yang baru mendaftar sebagai pengundi bermula tahun ini, anda sebenarnya tidak layak mengundi.

Ini kerana SPR hanya meluluskan pendaftaran pemilih sehingga suku ke-4 2017 iaitu mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar.

Pencalonan akan diadakan pada 28 April dengan tempoh berkempen kekal 11 hari.

Sekolah Tempat Mengundi 2018

Bagi menjalankan proses PRU14 ini, SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Manakala untuk tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR juga menubuhkan 445 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

Pada pilihan raya ini, seramai 259,391 orang petugas dilantik daripada kalangan orang awam untuk pengendalian proses PRU-14. Manakala sebanyak 8,989 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 28,995 Tempat Mengundi (Saluran) dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM500 JUTA.

Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 yang akan digunakan untuk PRU14 adalah sehingga Suku Keempat Tahun 2017. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada:

  • Pemilih Biasa – 14,636,716 orang
  • Pemilih Awal (Tentera dan Pasangan/Polis) – 300,255 orang
  • Pengundi Tidak Hadir Luar Negara – 3,653 orang

Pada PRU-14 ini juga, SPR telah menjemput 14 buah negara sebagai Pemerhati Antarabangsa yang terdiri daripada Badan Pengurusan Pilihan Raya dari Negara-Negara anggota ASEAN, KOMANWEL, ASIA dan EROPAH serta sebuah pusat kajian dan sokongan kepada badan pengurusan pilihan raya yang berpangkalan di Cambridge, United Kingdom iaitu Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC).

Tarikh Tutup Permohonan Undi Pos Dalam Negara bagi kategori Borang 1A akan ditutup pada 28 APRIL 2018. Manakala Tarikh tutup bagi permohonan kategori Borang 1C adalah pada 23 APRIL 2018.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang PRU14, layari portal rasmi SPR di sini.

Senarai Parti Bertanding

Berikut adalah senarai parti bertanding dalam PRU kali ini. Untuk perkembangan semasa termasuk keputusan PRU14, layari portal rasmi SPR.

Semakan calon bertanding boleh dibuat di https://calon.spr.gov.my/