Advertisements

Highlight 14 Manifesto Barisan Nasional Sempena PRU14 2018

Berikut dikongsikan antara 14 Manifesto Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum ke-14 atau PRU 14 yang akan diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen pada 7 April lalu.

Pastikan anda baca juga: Manifesto Pakatan Harapan Hapuskan GST

Tema Manifesto BN adalah “Bersama BN Hebatkan Negaraku“.

Manifesto ini dibentangkan oleh Datuk Seri Najib  di hadapan kira-kira 40,000 penyokong dan ahli BN di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Manifesto Barisan Nasional PRU 14

Antara 14 teras utama yang menjadi pilihan ialah:

1 – Kediaman 1Negaraku

kediaman 1negaraku

Melalui Kediaman 1Negaraku, Barisan Nasional akan menubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah.

Selain itu, BN juga membuka peluang kepada pesara Kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) selain memperuntukkan 10,000 unit rumah PPA1M untuk anggota polis.

2 – 3 Juta Kerja

BN akan mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Valley – yang dijangka bakal mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.

Selain itu, BN juga berjanji akan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan memperluaskan amalan waktu kerja eksibel di sektor awam.

3 – Senyum Sabah dan Sarawak

Melalui Manifesto Barisan Nasional, BN berjanji akan merealisasikan hak-hak Sabah & Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 secara konsensus.

Selain itu, BN akan turut meluaskan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion serta memperkukuhkan jaringan pengangkutan di Sabah dan Sarawak dengan menaiktaraf 12,500km jalan luar bandar.

4 – Pengangkutan Futuristik

BN akan memperkenalkan Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 – RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.

Selain itu, mereka akan membina Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

Turut dijanjikan pembinaan Landasan Berkembar Gemas- Johor Bahru dan landasan kereta api elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang.

5 – Perkasa Digital

BN juga akan memperkenalkan aplikasi iKepoh untuk membolehkan orang awam membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui telefon pintar serta akan mewujudkan 1 juta usahawan digital dalam tempoh 5 tahun.

Turut dijanjikan ialah mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – bagi memastikan tiada ketidakadilan dalam pemberian bantuan.

6 – Barangan Malaysia

BN juga berjanji untuk meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

Selain itu, BN juga akan menyediakan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara-pesara tentera memulakan perniagaan.

7 – BR1M Lebih Baru

Antara yang mendapat perhatian rakyat ialah pengumuman BR1M dikekalkan dengan kadar kenaikan bagi setiap kategori seperti berikut:

  • Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000!
  • Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500!
  • Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M RM450, akan menerima tambahan RM150 lagi pada Jun bermakna jumlah keseluruhan RM600!
  • Satu lagi kategori baharu BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700 dengan pembayaran 2 kali pada Jun dan Ogos ini!

Bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 turut diberikan untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

7 Manifesto BN 2018

Berbaki 7 lagi janji BN sempena PRU 14 adalah seperti berikut:

  1. Dompet Rakyat
  2. Pendidikan Sesuai Masa Depan
  3. Hidup Sihat
  4. Aman 1Negaraku
  5. TN50
  6. Penjagaan Kanak-Kanak Universal
  7. Utama Ibu Dan Wanita

Untuk penerangan secara terperinci bagi setiap janji dalam Manifesto BN kali ini, sila layari portal rasmi Barian Nasional.