Melalui sidang media 6 April, Perdana Menteri telah pun mengumumkan bubar parlimen pada 7 April 2018. Dengan itu secara rasminya tarikh PRU 14 akan dilakukan bila-bila masa dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen.
Tular di media sosial kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac dan hari pengundian (tarikh PRU14) ditetapkan pada 25 Mac 2018.
Sebelum ini satu klip video turut tersebar kononnya Pilihan Raya Umum Ke 14 akan diadakan pada 13 Oktober 2017.
Bila Tarikh PRU14
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tarikh pembubaran Parlimen dan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 yang sedang tular dalam media sosial.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata hak membubarkan Parlimen adalah bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata mesej yang sedang tular dan mendakwa kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 11 Jan 2018, penamaan calon pada 11 Mac dan hari mengundi ditetapkan pada 25 Mac, adalah tidak munasabah.
“Ini kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bubar,” katanya lagi. – Bernama
Tegasnya, hak untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Sebagai rakyat yang cukup syarat mengundi, pastikan anda telah mendaftar sebagai pemilih. Untuk maklumat lanjut, sila baca: Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum PRU14 2018
Petikatan Kenyataan Media Rasmi SPR
“Berikutan penularan klip video mengenai pengumuman tarikh bagi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) di media sosial ketika ini yang kononnya akan diadakan pada 13 Oktober 2017, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan bahawa tarikh tersebut bukanlah tarikh sebenar. Untuk makluman tarikh tersebut hanyalah digunakan bagi tujuan latihan dan simulasi kepada bakal-bakal petugas PRU14 semasa Program Taklimat kepada Pegawai-Pegawai Pegurus dan Penolong Pegawai Pengurus PRU14 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Julai 2017.”
“Sehubungan dengan itu, SPR berharap semua pihak tidak mempercayai dakwaan bahwa kononnya tarikh-tarikh PRU14 telah ditetapkan. SPR merasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merakam dan dan menyebar video ini kepada umum sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai mengenai tarikh PRU14.”