Bagi menggalakkan anak muda menyimpan, kerajaan memperkenalkan PRS Youth Incentive iaitu dana insentif sebanyak RM1,000 bagi setiap simpanan RM1,000 sepanjang 2018.
Memandangkan ramai yang tidak tahu tentang PRS, jadi inilah peluang anda untuk merebut bantuan kerajaan melalui program Private Retirement Scheme.
Tawaran ini hanya terbuka untuk belia berumur 20 sehingga 30 tahun sahaja dan peruntukkan untuk program ini sangat terhad (cuma RM165 juta sahaja). Siapa cepat dia dapat!
Pastikan anda baca juga: Hadiah Kahwin RM500 Untuk Bakal Pengantin 2018
PRS Youth Incentive
Anda boleh mendapatkan RM1,000 ini dengan syarat menyimpan RM1,000 ke dalam PRS.
Maknanya simpan duit sendiri RM1,000 kerajaan akan tambah RM1,000 menjadikan jumlah total RM2,000 simpanan.
Wang PRS tidak boleh dikeluarkan sehingga umur 55 tahun sama macam KWSP. Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM100 selama 30 tahun, tabungan anda akan mencecah RM1.4 juta!
Kerajaan juga menyediakan bantuan pembayaran deposit rumah pertama anda melalui skim MyDeposit 2018.
Private Retirement Scheme
PRS ini adalah pelaburan persaraan yang sah dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia). Skim ini adalah terbuka kepada semua individu yang berusia 18 tahun dan ke atas, termasuk bukan warganegara Malaysia.
Permohonan perlulah melalui consultant yang ada lesen PRS sahaja. Contohnya:
- Affin Hwang Asset Management Berhad
- AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd
- AmFunds Management Berhad
- CIMB-Principal Asset Management Bhd
- Kenanga Investors Berhad
- Manulife Asset Management Services Bhd
- Public Mutual
- RHB Asset Management Sdn Bhd
Berikut dikongsikan langkah-langkah melabur di PRS:
- Pilih penyedia PRS yang disenaraikan di atas
- Buka akaun PRS
- Pilih pakej pelaburan persaraan yang sesuai dengan anda
- Mula melabur PSR secara online
Untuk maklumat lanjut tentang PRS, sila layari portal rasmi PPA yang mengendalikan program ini. Layari https://www.ppa.my/