Bagi anda yang selalu travel, berikut kami kongsikan tips berguna macam mana cara transfer Maybank2u tanpa TAC number.
Tips ini juga sesuai untuk anda yang selalu stress disebabkan TAC number lambat sampai terutama musim gaji.
Panduan ini dikongsikan oleh Muhammad Khairul di Facebook beliau. Semoga bermanfaat.
Cara Transfer Maybank2u Tanpa TAC Number
Sebagai pengguna Maybank2u, tahukah anda juga boleh membuat pembayaran balik PTPTN melalui M2U. Untuk maklumat lanjut layari: Pembayaran Semula PTPTN Secara Online.
Baca juga: Cara Daftar ASB Online Melalui Portal MyASNB 2018
1. Download Maybank2u App di Google Play atau App Store
2. Pergi ke ruangan Me. Aktifkan ‘Secure2u’ dan ikut langkah-langkah yang dipaparkan.
3. Masukkan IC anda.
4. Masukkan password yang dihantar melalui SMS.
5. Siap. Kemudian logout dari M2U App dan terus buka browser untuk login ke web Maybank2u.
6. Login ke Maybank2u, kemudian cuba transfer duit ke akaun siapa-siapa sahaja.
7. Klik rungan “Secure Verification”.
8. Semak app Maybank2u tadi untuk sahkan transaksi tersebut. Klik Approve.
9. Kalau tak dapat apa-apa notification sila klik pada “tiga line” seperti dalam gambar.
10. Klik pada “Secure2u”. Anda akan dapat notification untuk approve di situ.
11. Transaksi berjaya. Jangan lupa logout dari kedua-dua app Maybank2u dan web M2U.
Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi Maybank2u.