Advertisements

Tarikh Pembayaran Gaji 2018: Jadual Gaji Bulanan Penjawat Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui portal rasmi mereka telah mengedarkan tarikh pembayaran gaji 2018 buat penjawat awam.

Tarikh gaji 2018 ini khas untuk penjawat awam sahaja.

Bagi kakitangan awam yang berkemampuan, anda boleh cuba mohon rumah bantuan kerajaan seperti PR1MA atau PPA1M.

Yang tinggal di Selangor boleh mohon Rumah Selangorku berharga RM250,000 ke bawah.

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda semak rekod CCRIS terlebih dahulu. Jika rekod CCRIS anda buruk, peluang untuk anda buat pinjaman rumah agak tipis.

Tarikh Pembayaran Gaji 2018

Secara kasarnya, pembayaran gaji kakitangan awam akan dilakukan setiap hujung bulan.

Bonus RM1,500 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 akan dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi yang ingin merancang percutian tahun depan, sila rujuk kalendar cuti 2018.

Berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2018.

  • Januari – 25hb (Khamis)
  • Februari – 8hb (Khamis); Tahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu) Februari 2018
  • Mac – 22hb (Khamis)
  • April – 25hb (Rabu)
  • Mei – 24hb (Khamis); Hari Pesta Keaamatan 30 (Rabu) & 31 (Khamis) Mei 2018
  • Jun – 7hb (Khamis); Hari Gawai 1 (Jumaat) & 2 (Sabtu) Jun 2018 / Hari Raya Puasa 15 (Jumaat) & 16 (Sabtu) Jun 2018
  • Julai – 25hb (Rabu)
  • Ogos – 14hb (Selasa); Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa)
  • September – 25hb (Selasa)
  • Oktober – 25hb (Khamis)
  • November – 22hb (Khamis); Hari Deepavali 6 November 2018 (Rabu)
  • Disember – 24hb (Isnin); Hari Krismas 25 Disember 2018 (Selasa)

tarikh pembayaran gaji 2018

Untuk maklumat lanjut tentang gaji dan semakan gaji bulanan kakitangan awam yang lebih terperinci, sila layari sistem e-Penyata Gaji.

Penyata Gaji Online

e-Penyata Gaji adalah sistem akses kepada penyata gaji online untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Perseketuan seperti:

  • Jabatan Kewangan
  • Jabatan Pelajaran
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Kesihatan
  • Jabatan atau Kementerian seumpamanya

Anda boleh mengakses sistem e-Penyata Gaji melalui link berikut https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Bagi yang sudah mendaftar, anda boleh terus login ke sistem untuk download slip gaji dan sebagainya.

Bagi pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum diberikan akses ke sistem e-Penyata Gaji seperti di bawah:

e-penyata gaji

Kesemua individu termasuk Kakitangan Kerajaan berhak untuk mendapatkan informasi Penyata Gaji yang terperinci dan bertulis pada atau sebelum masa setiap individu dibayar oleh majikan.

e-Penyata Gaji secara online atau Penyata Pendapatan yang tertulis membolehkan individu untuk mendapatkan informasi pendapatan dan kawalan keatas finansial dengan lebih berkesan.

Hak untuk maklumat butiran e-Penyata Gaji kepada Kakitangan Kerajaan mahupun pekerja swasta adalah hak asasi bebas untuk yang bekerja.

Proses Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Pembayaran gaji perlu mematuhi jadual tarikh gaji 2018 yang telah diputuskan oleh JANM.

Pembayaran gaji adalah melalui sistem gaji berkomputer.

Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah pihak yang menguruskan hal-hal berkaitan pembayaran gaji tersebut. Antara tugas mereka adalah:

  • Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  • Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh gaji yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;
  • Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.
  • Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
    – butiran peribadi;
    – nombor akaun bank; dan
    – nombor rujukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
    – nombor rujukan Cukai Pendapatan;
    – nombor rujukan Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
  • Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan.

Perlu diingatkan, kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat tersebut mengakibatkan:

  • potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;
  • menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), Kementerian/ Jabatan dan Pejabat Perakaunan boleh merujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u/p: Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Telefon : 03-8882 1624/1612/1622/1611

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.