Advertisements

PR1MA: Panduan Pendaftaran, Syarat Kelayakan & Dokumen Diperlukan

Berikut adalah panduan lengkap cara memohon perumahan PR1MA juga syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan untuk pembelian kediaman PR1MA 2018.

Untuk makluman, PR1MA menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 hingga RM400,000.

Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Syarat Kelayakan PR1MA

Antara syarat kelayakan untuk memiliki kediaman PR1MA termasuklah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang / berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM15,000 sebulan
  4. PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama / kedua sahaja

Cara Memohon

pr1ma

PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran.

Mereka juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.

Terdapat 4 langkah yang perlu anda ikut untuk memohon kediaman PR1MA.

  1. Pendaftaran – Buka akaun di www.pr1ma.my
  2. Permohonan – Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.
  3. Pengundian – Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
  4. Pembiayaan – PR1MA menawarkan bantuan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda seperti Skim Pembiayaan Fleksibel.

Keputusan kelayakan boleh disemak online di porta rasmi perumahan Rakyat 1Malaysia.

Dokumen Untuk Membeli Kediaman PR1MA

Berikut senarai semak dokumen yang diperlukan untuk membeli kediaman PR1MA.

  1. Surat jemputan dari PR1MA
  2. MyKad (3 salinan)
  3. Slip Gaji (Pendapatan tetap 3 bulan terkini / Pendapatan berdasarkan komisen 6 bulan terkini)
  4. Penyata caruman KWSP terkini
  5. Borang EA / Borang J terkini
  6. Penyata akaun bank 3 bulan terkini
  7. Dokumen perniagaan seperti borang 24, 49, borang B untuk 2 tahun terkini & penyata bank untuk 6 bulan terkini (bagi perniagaan sendiri)
  8. Surat Pengesahan Jawatan atau Surat Kelayakan Pinjaman (bagi penjawat awam)
  9. Penyata CCRIS yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia / CTOS / RAMCI

Baca juga: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut eGumis

Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) PR1MA

Skim pembiayaan fleksibel merupakan skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi:

  • Penggunaan caruman Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran ansuran kediaman PR1MA sehingga persaraan
  • Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) diperkenalkan khusus untuk pembeli kediaman PR1MA, juga membolehkan pembeli yang layak, membayar ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah daripada pinjaman biasa.

Skim pembiayaan ini adalah kerjasama antara Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Antara kelebihannya ialah akses kepada jumlah pembiayaan yang lebih tinggi dari pembiayaan konvensional tertakluk kepada terma dan syarat pihak bank. Pembayaran ansuran bulanan tetap (faedah sahaja) untuk tempoh 5 tahun pertama.

Berikut adalah anggaran kelayakan pinjaman dan ansuran bulanan:

skim pembiayaan fleksibel pr1ma

Rumah Contoh PR1MA

Berikut antara rumah contoh kediaman PR1MA. Sehingga hari ini terdapat 78 projek perumahan PR1MA di seluruh Malaysia.

pr1ma tapah

rumah contoh pr1ma

pr1ma falim