Bagi anda yang sedang mencari rumah bawah harga RM250,000 berikut dikongsikan senarai projek Rumah Idaman Rakyat dari SPNB.
Untuk makluman, SPNB atau Syarikat Perumahan Negara Berhad merupakan sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997.
Tujuan utama penubuhan demi memastikan penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.
SPNB dipertanggungjawabkan untuk membina rumah yang mampu dimiliki dan selesa untuk didiami melalui beberapa program seperti Rumah Mampu Milik (RMM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Subsidiari SPNB
Di bawah SPNB terdapat beberapa subsidiari iaitu:
SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2 Mei 2014 yang berperanan sebagai pemaju komersil untuk SPNB dengan mengfokuskan projek- projek berdaya maju dan membawa keuntungan setara dengan pemaju swasta yang lain. Antara objektif utama syarikat adalah untuk meneroka pasaran hartanah di seluruh Malaysia khususnya untuk pembangunan kediaman komersil terutamanya bagi bumiputera.
SPNB Idaman Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk melaksana pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara konsep bercampur dengan harga jualan rumah 60% tidak melebihi RM250,000, 40% tidak melebihi RM350,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan.
SPNB Mesra Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2002 pada awalnya adalah sebagai ‘Special Purpose Vehicle’ untuk melaksanakan Skim Rumah Keluarga Nelayan di Terengganu. Konsep ini kemudiannya diperluaskan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa yang kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).
SPNB Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2003, dengan nama SPNB Sarawak Sdn. Bhd. yang kemudiannya ditukar kepada SPNB Trading Sdn. Bhd. Pada tahun 2014, nama tersebut telah ditukar kepada SPNB Edar Sdn. Bhd. Berperanan menjalankan urusniaga pembekalan bahan binaan kepada projek- projek kumpulan SPNB serta lain-lain pasaran selain dari SPNB, EDAR turut menjalankan program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP) bagi rantaian pembekalan bahan binaan.
SPNB Dana Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1 April 2014 bertujuan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank dan institusi kewangan untuk membiayai projek perumahan yang dijalankan oleh Kumpulan SPNB serta memberi pinjaman kepada pemohon-pemohon RMR1M dan pembeli rumah yang sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan bank. Selain itu, DANA juga dilantik sebagai ejen kutipan untuk RMR1M, unit-unit Pemulihan Projek Terbengkalai dan Projek- projek SPNB yang telah dijual secara pukal.
Tentang Rumah Idaman Rakyat (RIR)
Berikut adalah gambaran tentang plan Rumah Idaman Rakyat SPNB
- Harga rumah ≤ RM350,000
- Perumahan bercampur Lot Banglo, Unit berkembar, Rumah Teres / Kedai & Apartment
- Moratorium ≤ 5 tahun
Pastikan anda baca juga: Kerajaan Bantu Bayarkan 10% Deposit Rumah Pertama Anda Melalui Skim MyDeposit 2018
Bagi anda yang berminat untuk membeli Rumah Idaman Rakyat SPNB, anda mestilah berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM7,500 dan ke bawah atau mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah. Prioriti kepada golongan OKU dan ibu tunggal.
Bagi penjawat awam, anda boleh mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
Projek SPNB Siap Sepenuhnya
Buat masa sekarang hanya 1 projek SPNB yang siap sepenuhnya iaitu di Taman Semeling Kedah. 4 lagi projek dalam proses pembangunan iaitu di Melaka, Pahang, Perak, dan Terengganu.
Taman Universiti Jaya Fasa 2A
Unit: 104
Keluasan Tanah: 20’ x 65’
Keluasan Binaan: 1,160 kps (20’ x 45’)
Harga: dari RM183,000
Untuk pendaftaran layari portal rasmi SPNB di https://www.spnbidaman.com.my/