Terima Bayaran Terus Ke Akaun Anda Dengan Maybank QRPay

Berita baik buat semua peniaga online, anda kini boleh menerima bayaran daripada pelanggan dengan hanya satu klik melalui applikasi terbaru Maybank QRPay.

Aplikasi Maybank QRPay membolehkan anda menerima bayaran dari pelanggan anda dengan serta-merta ke dalam akaun bank anda dan memantau transaksi perniagaan anda dengan mudah di mana sahaja.

Maybank QRPay

Yang menarik tentang applikasi ini, sesiapa sahaja yang memiliki akaun Maybank boleh menggunakannya untuk menerima bayaran.

Konsepnya sama seperti PayPal. Jadi anda tak perlu daftar SSM semata-mata untuk menerima bayaran dari sesiapa sahaja.

Untuk pelanggan sedia ada Maybank, data akan dimuatkan secara automatik selepas anda memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor SSM, tetapi jikalau anda bukan pelanggan Maybank, maka anda boleh menggunakan Maybank QRPay ini dan menghubungkan ia dengan bank-bank lain, seperti CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya.

Selepas melalui pendaftaran, anda boleh menjana kod QR khusus anda untuk menerima pembayaran spesifik – atau turut menjana kod QR tetap yang membolehkan sesiapa sahaja mengimbas kod anda dan membuat pembayaran.

Maybank dilihat lebih menyasarkan kepada pengguna perusahaan kecil dan sederhana buat masa ini – termasuk seperti di pasar malam, kedai makan dan sebagainya. Maybank QRPay ini membolehkan para peniaga dan penjual untuk menerima bayaran ke akaun Maybank mereka terus serta-merta, selain melihat transaksi dan sebagainya menggunakan aplikasi khusus ini.

Buat masa ini, Maybank QRPay boleh digunakan secara percuma tanpa caj transaksi selama tempoh tiga bulan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Maybank QRPay ini dan menggunakannya dalam menerima pembayaran dengan lebih mudah dan pantas daripada para pelanggan seluruh negara.

Tutorial Mengaktifkan QRPay

Berikut adalah tutorial cara mengaktifkan Maybank QRPay dan cara membuat bayaran melalui applikasi tersebut.

Pastikan anda baca juga: Cara Transfer Maybank2u Tanpa TAC Number

maybank qrpay

Muat-Turun Maybank QRPay untuk Android

Muat-Turun Maybank QRPay untuk iOS

  • 12
    Shares