Advertisements

Selesaikan Tunggakan Saman MPSJ RM10 Sahaja Bermula 1 Februari

Berita baik buat warga Subang Jaya. Bermula 1 Februari 2018 anda boleh selesaikan kesemua saman MPSJ yang tertunggak pada kadar rata (flat rate) RM10 sahaja.

Pengumumkan ini dibuat sendiri oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui portal rasmi mereka mpsj.gov.my.

Pengurangan saman ini berkuatkuasa dari Februari sehingga April 2018 sempena promosi tahunan.

Namun diskaun ini tidak layak untuk kesalahan di bawah Perintah 2 dan Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) MPSJ 2012.

Bagi semakan saman polis trafik / AES, sila baca artikel: Semakan Saman AES & Cara Membayar Online

Semakan Saman MPSJ & Kaedah Bayaran

saman mpsj

Semakan saman dan pembayaran boleh dibuat sama ada melalui sistem online Majlis Perbandaran Subang Jaya atau melalui:

  • kaunter Ibu Pejabat
  • kaunter cawangan
  • mesin kiosk
  • kaunter pandu laju
  • kaunter bergerak MPSJ
  • MPOS

Kompaun Trafik

Untuk makluman, berikut adalah jadual kompaun MPSJ bagi kesalahan tempat letak kereta MPSJ.

  • 1-14 hari dari tarikh kompaun: RM20
  • 15-30 hari dari tarikh kompaun: RM30
  • 31-60 hari dari tarikh kompaun: RM50
  • 61 hari ke atas: RM80

Bagi kenderaan berat pula, kompaun RM300 bagi setiap kesalahan.

Manual Pembayaran Online

Bagi anda yang ingin membayar online, berikut kami kongsikan manual langkah demi langkah pembayaran saman MPSJ melalui portal rasmi mereka https://ocps.mpsj.gov.my/cms/index.jsp. Sila rujuk PDF di bawah: