sspn1m

SSPN1M: Pendaftaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia

Tahukah anda PTPTN baru sahaja melancarkan skim terbaru mereka yang dikenali sebagai SSPN1M atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia.

Melalui skim ini, kanak-kanak berumur 7-12 tahun layak mendapat RM500 secara percuma melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta.

Namun ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Berikut persoalan-persoalan apa yang anda perlu tahu tentang SSPN1M.

Pengenalan SSPN1M: Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia

Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia adalah penjenamaan semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disediakan oleh PTPTN.

Antara produk di bawah SSPN1M ialah:

  1. SSPN1M-i
  2. SSPN1M-i Plus

Syarat kelayakan seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur 7-12 tahun
  • Sedang belajar di sekolah rendah
  • Simpanan bersih tahunan SSPN1M minimum RM500
  • Layak untuk 500,000 akaun terawal sahaja

Sekiranya anda layak, amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN1M anda pada hujung bulan yang sama.

Pemberian RM500 ini termasuk di bawah skim Geran Sepadan PTPTN.

SSPN1M-i vs SSPN1M-i Plus

Di bawah adalah perbezaan di antara kedua-dua produk SSPN1M.

SSPN1M-i Plus

  • Pelepasan taksiran cukai.
  • Dividen yang kompetitif.
  • Perlindungan takaful komprehensif sehingga RM1,000,000.
  • Khairat kematian pendeposit, pasangan dan 3 orang anak.
  • Komitmen simpanan serendah RM30 sebulan.

Klik di sini untuk buka akaun SSPN1M-i Plus

SSPN1M-i

  • Pelepasan taksiran cukai.
  • Dividen yang kompetitif.
  • Perlindungan takaful ringgit ke ringgit.
  • Khairat kematian.

Pendaftaran akaun SSPN1M boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan.

Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN1M-i Plus).

Sekiranya anda mempunyai lebih dari seorang anak yang berumur 7-12 tahun, kesemua mereka layak menerima insentif GS500 tersebut.

Penerima manfaat yang telah menerima insentif GS50 pada tahun 201 masih layak menerima insentif GS500 bagi tahun 2018 kerana melibatkan dua insentif berbeza.

Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.

Anda boleh mengeluarkan GS500 sebelum umur 18 tahun dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500, tertakluk kepada syarat pengeluaran sedia ada

Contoh:
Pendeposit mempunyai baki simpanan sebanyak RM2,000 dan telah menerima insentif GS500. Keseluruhan simpanan adalah sebanyak RM2,500. Pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM1,500.

Dan yang menariknya insentif GS500 turut layak menerima dividen. Namun tidak layak mendapat pengecualian cukai kerana insentif GS500 merupakan geran daripada kerajaan dan bukanlah simpanan daripada pendeposit.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi http://www.sspn1m.com/