biasiswa yang di pertuan agong 2018

Permohonan Online Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2018 Kini Dibuka

Perhatian anda yang mencari program penajaan untuk sambung belajar, berikut dikongsikan maklumat tentang permohonan online Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2018 yang telah pun dibuka bermula hari ini.

Sebanyak 12 slot ditawarkan yang terdiri daripada enam di peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam di peringkat Sarjana  dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2018/2019 secara online melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.

Tarikh tutup permohonan pada 2 Mac 2018.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2018

Pemilihan calon dibuat berdasarkan penilaian akademik di samping penglibatan calon dalam kegiatan kokurikulum dan prestasi semasa temuduga.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian
  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya
  • Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan
  • Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan; dan
  • Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia

Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun.

Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan.

Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda.

Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Cara Memohon

Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan cadangan penyelidikan. Penyataan haruslah mengandungi elemen berikut:

  • Nama, No. Kad Pengenalan dan Bidang Penyelidikan (Sila letakkan di penjuru atas kanan setiap muka surat)
  • Latar belakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang kajian
  • Objektif kajian / Penyataan masalah
  • Skop kajian/Rangka kajian
  • Kepentingan kajian
  • Metodologi kajian
  • Bibliografi ringkas
  • Rangka jadual kerja

Untuk semakan senarai universiti terkemuka dunia mengikut bidang sila download dokumen biasiswa ini.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my/