Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke UK, berita baik di mana permohonan biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 kini dibuka sehingga 22 Februari 2018.
Berikut antara maklumat penting sebelum anda memohon biasiswa tersebut.
Permohonan biasiswa Komenwel UK perlu melalui portal eSila dan terbuka hanya kepada warganegara Malaysia sahaja.
Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel UK serta:
- mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my; dan
- mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web UK Commonwealth Scholarships melalui pautan berikut:
Calon Ph.D
Calon Sarjana
Bagi calon-calon yang merupakan kakitangan Kerajaan, pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018.
Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018
Berikut antara syarat-syarat permohonan biasiswa tersebut, antaranya:
- Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan
- Umur tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian Sarjana manakala tidak melebihi 45 tahun bagi PHD
- Mencapai LNPT purata minimum 85% sepanjang 3 tahun berturut-turut
- Menguasai English dengan baik
- Telah mengisytiharkan harta
- Bebas dari sebarang pertuduhan dan dakwaan mahkamah
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam PTPTN atau JPA
- Kursus yang diikuti perlu bersesuaian dengan bidang tugas
Cara Memohon
Bagi anda yang berminat, sila membuat permohonan biasiswa Komanwel UK 2018 melalui portal eSila. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Februari 2018.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan atau di nombor telefon 03-88853546
Anda juga boleh menonton video permohonan seperti di bawah:
Perlu diingatkan, pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi (bukan emel jabatan) bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan.
Pembatalan permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara layan diri dengan cara klik pada ‘Masalah Log Masuk’ di laman utama permohonan. Sila hubungi talian teknikal sekiranya terdapat sebarang masalah.