Cuti Sekolah 2018: Takwim Penggal Persekolahan Sekolah Malaysia

Penggal persekolahan tahun 2018 hampir bermula. Berikut kami kongsikan tarikh-tarikh cuti sekolah 2018 untuk rujukan ibu bapa yang ingin merancang program atau percutian bersama keluarga tahun hadapan.

Baca juga tentang Bantuan Awal Persekolahan 2018 yang akan diedarkan kepada pelajar yang layak bermula awal tahun hadapan.

Selain itu, sebelum cuti kebiasaanya pihak sekolah akan mengadakan peperiksaan / ujian bulanan. Ibu bapa boleh mengetahui keputusan melalui sistem SAPS Ibu Bapa tanpa perlu ke sekolah lagi.

Cuti Sekolah 2018

Berikut adalah senarai cuti sekolah bagi negeri Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

  • Cuti Pertengahan Penggal 1: 17 Mac – 25 Mac 2018 (9 hari)
  • Cuti Pertengahan Tahun: 9 Jun – 24 Jun 2018 (16 hari)
  • Cuti Pertengahan Penggal 2: 18 Ogos – 26 Ogos 2018 (9 hari)
  • Cuti Akhir Tahun: 24 Nov – 31 Dis 2018 (38 hari)

Bagi sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula, berikut adalah kalendar cuti sekolah 2018 anda.

  • Cuti Pertengahan Penggal 1: 16 Mac – 24 Mac 2018 (9 hari)
  • Cuti Pertengahan Tahun: 8 Jun – 23 Jun 2018 (16 hari)
  • Cuti Pertengahan Penggal 2: 17 Ogos – 25 Ogos 2018 (9 hari)
  • Cuti Akhir Tahun: 23 Nov – 31 Dis 2018 (39 hari)

Takwim Persekolahan 2018

Berpandukan takwim persekolahan yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sesi persekolahan 2018 akan dibuka pada 1 & 2 Januari mengikut negeri masing-masing.

Bagi calon UPSR & PT3 yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini, pastinya anda mendapat tawaran untuk bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh.

Bagi calon UPSR tahun depan, ada beberapa yang perlu anda beri perhatian antaranya tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau PPSR. Dikatakan PPSR akan menggantikan UPSR, sama-sama nantikan pengumuman rasmi dari KPM.

Berikut adalah jadual lengkap kalendar persekolahan 2018 mengikut negeri.

Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

cuti sekolah 2018

Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

kalendar cuti sekolah 2018

Maklumat lanjut sila layari portal rasmi https://www.moe.gov.my/index.php/my/

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...