Advertisements

Permohonan BSN MyHome Pinjaman Sehingga 100% Dari Harga Rumah

Pernahkah anda didedahkan tentang BSN MyHome atau Skim Perumahan Belia?

Untuk makluman, BSN menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga pembelian untuk membiayai insurans (MRTA).

Skim ini adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Pembeli hanya perlu membayar kos  dokumentasi pinjaman termasuk kos guaman.

Skim Perumahan Belia BSN MyHome

Antara ciri-ciri menarik tentang skim BSN MyHome ini ialah:

  • Pemberian bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan oleh Kerajaan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000
  • Pinjaman ini ditawarkan bagi pembelian hartanah sama ada dalam pembinaan / telah siap atau sub-pembelian dari individu (sub-sale).

Pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar boleh ubah dan anda menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.

Skim ini hanya untuk hartanah yang berharga dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 (sama seperti skim MyDeposit 2018).

Tempoh pinjaman pula dari 5 tahun sehingga 35 tahun maksimum (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar Faedah

skim perumahan belia bsn

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*. (terpakai hanya untuk pakej NZEC).
  • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 3.95% ( berkuatkuasa mulai 21 Julai 2016).

KA yang ditawarkan kami bagi produk ini terdiri daripada dua bahagian; Kos Dana [Cost of Fund (COF)] pada kadar tertinggi yang ditawarkan dan ‘Mandated Holding Cost’.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).
  • Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
  • Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
  • Permohonan secara perseorangan atau bersama.
  • Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
  • Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah

Dokumen Permohonan Skim Perumahan BSN

  • Borang permohonan BSN.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Sijil perkahwinan yang sah.
  • Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
  • Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
  • Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P), yang telah distem. Jika S&P belum selesai, resit deposit / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
  • Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju)  daripada panel penilai BSN
  • Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
  • Akaun berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
  • Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.

Skim ini akan ditamatkan pada 31 Disember 2017. Mohon sekarang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi BSN.