Advertisements

Geran Sepadan: Percuma RM500 Untuk Kanak-Kanak 7 Hingga 12 Tahun

Bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2018, ibu bapa yang menyimpan minima RM500 dalam SSPN1M akan menerima insentif Geran Sepadan sebanyak RM500.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta kepada 500,000 pencarum berumur dari 7 hingga 12 tahun.

Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSPNIM) atau dulunya dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan pelan simpanan terbaik yang disediakan oleh PTPTN, patuh syariah dan simpanan ini dijamin oleh kerajaan.

Insentif ini hanya layak untuk mereka yang masih bersekolah rendah dan mempunyai akaun SSPN1M.

Cara Buka Akaun SSPN1M

Akaun SSPN1M boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik (klik sini untuk buka akaun SSPN1M secara online).

Untuk melayakkan pendeposit menerima insentif Geran Sepadan RM500, pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018. Contohnya seperti berikut:

Insentif ini tidak boleh dikeluarkan sehingga penerima manfaat mencecah umur 18 tahun. Namun simpanan SSPN1M masih boleh dikeluarkan  syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif RM500.

Contohnya: Pendeposit mempunyai baki simpanan sebanyak RM2,000 dan telah menerima insentif GS500.

Keseluruhan simpanan adalah sebanyak RM2,500. Pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM1,500.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.ptptn.gov.my/web/guest/sspn1m-gs500

Apa itu Geran Sepadan?

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:

  1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga
  2. Pendeposti mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok)  tidak melebihi RM4,000.00.
  3. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
  4. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
  5. Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima  manfaat.

Permohonan Geran Sepadan

Bagi anda yang ingin memohon Geran Sepadan, berikut kami kongsikan beberapa dokumen yang diperlukan. Antaranya:

  1. Pengesahan pendapatan / salinan slip gaji / salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;
  3. Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;
  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.

Pemberian insentif khas ini juga adalah usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah imej dan perspektif orang ramai daripada memberi pinjaman dan mengutip hutang pinjaman pendidikan tinggi sahaja kepada penabungan pendidikan demi masa depan rakyat di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, orang ramai ketika ini mengenali PTPTN sebagai institusi kewangan yang memberi pinjaman dan mengutip hutang pinjaman pendidikan.

Katanya, tanggapan itu perlu dihakis dan sehubungan itu, PTPTN lebih fokus kepada penabungan atau simpanan pendidikan untuk masa depan rakyat Malaysia iaitu PTPTN sebagai Tabung Pendidikan.

“Saya percaya, usaha murni tanpa mengenal erti jemu daripada PTPTN dapat membantu masyarakat lebih memahami dan sedar untuk membuat penabungan dari awal serta konsisten untuk membuat simpanan,” katanya.

Bagi anda yang ingin membuka akaun SSPNIM sila terus ke portal rasmi SSPN atau layari https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008716