Advertisements

Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2018

Bagi anak-anak peneroka FELDA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau Universiti Swasta, anda boleh membuat permohonan Skim Insentif Anak Peneroka atau SIAP 2018.

Melalui skim ini, bantuan pengajian sehingga RM1,500 disediakan.

SIAP bukanlah janji Manifesto Barisan Nasional tetapi skim ini merupakan satu lagi bantuan kerajaan khas untuk meringankan beban kewangan keluarga peneroka FELDA.

Perlu diingatkan juga bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja bagi setiap anak peneroka.

Syarat Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka SIAP 2018

Berikut adalah syarat-syarat permohonan skim tersebut:

  1. Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan
  2. Anak peneroka di bawah tanggungan peneroka dan belum berkahwin
  3. Peringkat Diploma: Umur 18 hingga 23 tahun
  4. Peringkat Ijazah: Umur 18 hingga 25 tahun
  5. Anak peneroka yang setia bersama FELDA serta menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA
  6. Anak peneroka yang mengambil alih kebun mengikut prosedur dan mempunyai paysheet individu

Mulai tahun 2018, skim ini akan diperluaskan kepada cucu peneroka/pentadbir yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, ijazah tempatan dan ijazah luar negara di semua Universiti Awam dan Universiti Swasta/ Kolej di bawah panel FELDA.

Namun, hanya cucu peneroka/ pentadbir yang menetap dan beralamat di tanah rancangan FELDA yang layak menerima skim ini.

Jumlah insentif adalah seperti berikut:

  • Diploma – RM 500.00
  • Ijazah Dalam Negara – RM 1,000.00
  • Ijazah Luar Negara – RM 1,500.00

Pastikan anda baca juga: Manifesto Pakatan Harapan Hapuskan GST

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan besertakan beberapa dokumen berikut:

  1. Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  2. Salinan kad pengenalan pemohon
  3. Salinan kad pengenalan peneroka
  4. Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

Permohonan tidak layak untuk golongan berikut:

  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran
  • Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCF ke luar negara tidak layak memohon bantuan

Untuk memohon, layari portal rasmi FELDA atau klik di sini.