Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti sekolah pada 9 Mei bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dalam satu kenyataan media di portal rasmi KPM, cuti peristiwa khas ini diberikan kepada semua sekolah kerajaan termasuk sekolah bantuan kerajaan.
Hal ini kerana sejumlah 6,941 buah sekolah di seluruh negara akan dijadikan pusat mengundi PRU14.
Selain itu, ia dapat memberi ruang kepada SPR melaksanakan proses pilihan raya dengan lancar tanpa mengganggu sesi persekolahan.
PERHATIAN! Pastikan anda semak daftar pemilih dan lokasi mengundi sebelum 9 Mei 2018.
Cuti Sekolah 9 Mei
Dengan pengumuman cuti sekolah ini, KPM juga ingin memaklumkan bahawa:
- Cuti sekolah ini tidak melibatkan penutupan asrama murid bagi sekolah-sekolah berasrama
- Bagi sekolah yang melaksanakan dua sesi dan dijadikan pusat mengundi, maka pada sesi petang 8 Mei hendaklah ditangguhkan untuk tujuan persiapan PRU14
- Semua sekolah yang dijadikan pusat mengundi hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPR dalam pelaksanaan PRU14 ini
Tarikh Penting PRU14
Berikut adalah tarikh-tarikh penting Pilihan Raya kali ini.
- 14 April – Hari Penamaan Calon
- 5 Mei – Hari Mengundi Awal
- 9 Mei – Hari Mengundi
Tempoh berkempan hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan sebelum jam 12 malam sebelum hari mengundi.
Tempoh mengundi pula bermula dari jam 12 malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.
Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang di seluruh Malaysia.
Mana-mana rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih awal tahun ini tidak layak mengundi PRU14.
Fakta Menarik PRU14
Berikut dikongsikan beberapa fakta menarik pilihan raya umum kali ini. Antaranya:
- Seramai 14.9 juta pendaftar layak mengundi
- PRU di Sarawak hanya melibatkan kerusi Parlimen sahaja kerana Pilihan Raya Negeri baru sahaja dibuat 7 Mei 2017
- Datuk Seri Najib akan mengetuai BN untuk PRU ke-2 selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah pada 3 April 2009
- Para PRU ke-13 BN telah memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi dipertandingkan manakala Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi.
Sebagai pengundi, pastikan anda baca beberapa manifesto setiap parti yang bertanding antaranya Manifesto Barisan Nasional dan Manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan penghapusan GST sebaik mengambil alih Putrajaya.