Advertisements

TN50: Pengenalan Apa Itu Transformasi Nasional 2050

TN50 atau Transformasi Nasional 2050 yang dilancarkan pada 19 Januari 2017 merupakan kesinambungan Wawasan 2020 bagi memacu masa depan negara dari 2020 hingga 2050.

Melalui TN50, Malaysia menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Apa Itu Transformasi Nasional 2050 TN50?

Untuk lebih faham tentang Transformasi Nasional 2050 ini anda boleh tonton video di bawah:

Jika kita lihat semula era pembangunan negara, DEB atau Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990) diperkenalkan bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Kemudian era Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 (1991 – 2020) bagi menjadi negara mengikut acuan sendiri.

Kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan TN50 yang dibentuk oleh aspirasi rakyat berpandukan sasaran yang jelas menjelang tahun 2050. Fokus utama adalah untuk menjadi negara teratas (top 20) dalam pembangunan ekonomi, sosial dan inovasi.

Baca juga: Manifesto BN Sempena PRU14 dan Manifesto Pakatan Harapan PRU14

Mari kita lihat pula trend hari ini dan juga potensi masa depan bagi masyarakat, alam sekitar, ekonomi, teknologi, dan urustadbir.

Masyarakat

Hari Ini

Kemunculan bandar mega – bandar-bandar yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 10 juta – hasil daripada trend urbanisasi yang berterusan.

Kebangkitan agama secara global, dengan Islam sebagai agama yang paling pantas berkembang. Elemen-elemen Islam kini lebih meluas dalam perbankan, pelancongan, budaya, fesyen dan wacana politik.

Perubahan peranan gender dengan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan bidang kepimpinan.

Peningkatan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan membawa kepada jangka hayat yang lebih tinggi.

Potensi Masa Depan

Peningkatan tekanan terhadap perumahan, lalu lintas dan pengurusan sisa buangan. Potensi untuk berlakunya kekalutan, kesesakan dan wabak secara meluas.

Peralihan ke arah unit keluarga yang lebih kecil disebabkan oleh penurunan kadar kesuburan.

Kewujudan cip implan nanoteknologi yang mampu membersih arteri, menentang sel-sel kanser, membantu mengembalikan ingatan.

Alam Sekitar

Hari Ini

Peningkatan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mampan disebabkan oleh potensi kehausan sumber bahan api fosil.

Ancaman terhadap alam sekitar dan biodiversiti akibat peningkatan konsumerisme manusia.

Potensi Masa Depan

Kemajuan dalam bidang bioteknologi dan teknik pertanian yang mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dunia.

Peningkatan penjanaan kuasa menggunakan sumber boleh diperbaharui seperti solar, angin dan bahan api bio

Bangunan mesra alam dan mampan diwajibkan bagi semua organisasi awam dan swasta

Ekonomi

Hari Ini

Trend ekonomi digital yang semakin berkembang memerlukan kemahiran teknikal baharu dan keupayaan tinggi, seperti kemahiran penyelesaian masalah dan komunikasi

Pertumbuhan ekonomi perkongsian ‘peer-to-peer’ (P2P) seperti perkongsian naikan/kenderaan, pinjaman P2P dan lain-lain

Peningkatan trend ke arah bekerja sendiri dan keusahawanan

Potensi Masa Depan

Industri dan organisasi beralih kepada robotik dan Kecerdasan Buatan (AI) untuk tugas-tugas fizikal. Kecerdasan Buatan juga melaksanakan pelbagai jenis penyelidikan dan analisis, mengubah landskap pekerjaan dan kemahiran dengan ketara.

Perkongsian ekonomi menjadi perkara biasa, menyebabkan lebih banyak gangguan di seluruh industri dan penakrifan semula peraturan perniagaan.

Pembelajaran ‘plug & play’ menjadi arus perdana, menyokong tenaga kerja yang kebanyakannya bekerja sendiri. Menjejaskan model pendidikan tradisional.

Teknologi

Hari Ini

Kepesatan internet jalur lebar, kuasa pemprosesan dan kapasiti penyimpanan secara digital

Peningkatan sambungan jalur lebar dan mudah alih, ‘Internet of Things’ (IoT), robotic dan Kecerdasan Buatan (AI). Peningkatan penghasilan mesin atau perisian yang mempunyai keupayaan seperti manusia

Kemunculan pembangunan seperti ‘bandar pintar’ di mana sensor, maklumat dan teknologi diintegrasikan untuk memenuhi keperluan penduduk

Potensi Masa Depan

Pengaplikasian gerbang maya semakin meningkat dalam interaksi harian. Penggunaan platform digital bagi perkhidmatan seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan maya menjadi kebiasaan.

Semua bangunan, kenderaan pengangkutan dan kemudahan bandar adalah ‘pintar’ dan saling berhubung ke ‘grid pintar’. Potensi gangguan privasi

Kepupusan pejabat – pekerja tidak lagi perlu berulang-alik ke pejabat, sebaliknya kerja dilaksanakan di rumah menggunakan peranti.

Urustadbir

Hari Ini

Lebih banyak perkhidmatan kerajaan diswastakan atau ‘outsourced’

Tumpuan lebih diberikan oleh kerajaan terhadap isu-isu keselamatan dan keselamatan siber

Peralihan kuasa ekonomi global daripada negara-negara maju ke benua Asia dan negara yang mempunyai ekonomi yang pesat membangun

Potensi Masa Depan

Perkhidmatan tradisional kerajaan kebanyakannya diswastakan

Kerajaan memberi tumpuan kepada fungsi-fungsi merentas sempadan seperti penghijrahan siber

China dan India menjadi negara kuasa besar dunia

Untuk maklumat lanjut tentang apa itu TN50 anda boleh layari portal rasmi Transformasi Nasional 2050 di link berikut https://mytn50.com/