Advertisements

Contoh Soalan Ujian MEdSI 2018 & Format Peperiksaan Terkini

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia (Malaysian Educators Selection Inventory) atau lebih dikenali sebagai ujian MEdSI, merupakan ujian pemilihan kemasukan  berbentuk psikometrik, yang dijalankan kepada calon untuk melayakkan mereka menyertai Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM atau setaraf dengannya  di Institut Pengajian Awam (IPTA).

Secara ringkas, Ujian MEdSI dirangka untuk mengkaji kecenderungan personaliti calon di dalam sesebuah bidang.

Umum mengetahui bahawa calon yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan, sememangnya akan menduduki ujian ini.

Terdapat 300 soalan yang wajib dijawab oleh calon dalam tempoh satu jam. Soalan- soalan berikut terbahagi kepada 4  bahagian, iaitu:

  • Bahagian 1: (Personaliti, 110 soalan)
  • Bahagian 2: (Minat kerjaya, 60 soalan)
  • Bahagian 3: (Nilai integriti, 70 soalan)
  • Bahagian 4: (Kecerdasan emosi, 40 soalan)

Contoh Soalan Ujian Medsi

Berikut adalah contoh soalan ujian MEdSI sebagai rujukan anda.

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 1: Personaliti

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 2: Minat Kerjaya

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 3: Nilai Integriti

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 4: Kecerdasan Emosi

Format Peperiksaan MEdSI

Untuk pengetahuan, calon yang lulus dalam ujian MEdSI ini akan melayakkan diri ke saringan peringkat akhir iaitu temuduga. Kemudian, barulah calon akan ditentukan samaada layak atau sebaliknya untuk melanjutkan pengajian dalam kurus pendidikan.

Soalan yang diberikan semuanya berbentuk objektif. Anda hanya perlu menjawab:

  • setuju atau tidak
  • ya atau tidak
  • sangat setuju, setuju, kurang setuju  atau tidak setuju (berbentuk ranking)

Kebanyakan calon yang bakal menduduki ujian MEdSI pasti tercari-cari tips untuk lulus ujian dengan cemerlang.

Namun, disebabkan ujian MEdSI merupakan satu daripada ujian psikometrik, ianya bukanlah berkisarkan kepada logik akal dan kepandaian calon semata.

Pastikan anda sentiasa tenang ketika menjalani ujian kerana jiwa yang tenang akan menjana minda yang positif.

Soalan-soalan ujian MEdSI mungkin nampak mudah kerana ianya melibatkan aktiviti seharian kita, norma-norma bermasyarakat dan tatacara pergaulan.

Tetapi, apa jua keputusan yang bakal anda peroleh, sentiasa positif kerana sudah pasti ujian ini dirangka untuk memastikan bakal pendidik di Malaysia bukan sahaja bijak diatas kertas, malah mampu menyelesaikan masalah dengan penuh hemah, teliti dan bijaksana.

Maklumlah, ragam pelajar sememangnya berbeza dan mencabar dari hari ke hari. Apapun, selamat maju jaya dan selamat menduduki ujian MEdSI!

Untuk butiran lengkap ujian MEdSI sila layari portal rasmi MPM di sini http://portal.mpm.edu.my/