pismp 2018

Permohonan PISMP 2018 Program Guru Tajaan KPM Bagi Lepasan SPM

Bagi calon lepasan SPM yang ingin membina kareer sebagai guru, anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2018.

PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM.

Berikut dikongsikan antara maklumat penting yang wajib anda tahun sebelum memohon masuk ke program tersebut.

Kemaskini: Permohonan PISMP 2018 kini dibuka dari 13 – 28 Mac 2018. Permohonan boleh dibuat di laman rasmi https://pismp.moe.gov.my/

Syarat Kelayakan PISMP 2018

Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat akademik adalah seperti berikut:

  • Mendapat gred cemerlang (A- / A / A+) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.
  • endapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu & Sejarah
  • Mestilah lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Setiap bidang pengkhususan mempunyai syarat kelayakan tersendiri. Namun bagi calon yang memohon bidang Bahass Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.

Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan 2018

Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2018, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruaan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG

Pada 23 Julai tahun lepas, kenyataan media Elaun Sara Hidup Pelajar Institut Pendidikan Guru telah pun disiarkan di portal rasmi KPM.

Menurut sumber, tiada elaun pelajar IPG bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) bagi ambilan Jun 2018.

Namun, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Cara Memohon PISMP Secara Online

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 13 – 28 Mac 2018.
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
  • Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.
  • Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2018 di sini https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

permohonan pismp 2018