Semakan Keputusan SPM 2022 Secara Online / SMS
Semakan Keputusan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) 2022 akan diumum pada Khamis, 8 Jun 2023 (Khamis).
Para pelajar boleh membuat semakan keputusan SPM 2022 secara online di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau SMS bermula jam 10 pagi.
Penting! Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS tidak menyokong semakan keputusan SPM / PT3 / STPM.
Pelajar juga boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.
Manakala bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau pelajar boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.
Bagi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma / Ijazah, anda boleh mengisi permohonan UPU atau memohon kemasukan ke Kolej Profesional MARA.
Cara Semakan Keputusan SPM 2022
KPM telah menyediakan beberapa cara untuk anda lakukan semakan keputusan SPM 2022 selain pergi terus ke sekolah:
Langkah 1: SMS
Caranya:
- Taip SPM<jarak>No. KP<jarak>Angka Giliran
- Hantar ke 15888
Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 8 Jun 2023.
Seramai 403,637 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2022 di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.
Langkah 2: Secara Atas Talian (Online)
Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022
Seperti perkhidmatan SMS ia juga akan bermula pada pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.
Semak Semula Keputusan SPM 2022 / 2023
Kepada pelajar yang tidak puas hati atau tidak yakin akan keputusan anda, anda boleh melakukan semakan semula keputusan SPM 2022 dengan caj RM100.
Semakan semula ini boleh dilakukan bermula 30 hari selepas keputusan keluar. Anda boleh melakukan permohonan di elp.moe.gov.my.
Applikasi e-Lembaga Peperiksaan
KPM juga melancarkan satu applikasi terbaru iaitu e-Lembaga Peperiksaan bagi memudahkan calon dan ibu bapa menyemak keputusan masing-masing.
Applikasi ini boleh dimuat turun di Play Store.
Permohonan Ke Universiti Awam
Bagi calon yang ingin melanjutkan pelajar ke Universiti Awam, pastikan anda membuat permohonan UPU bagi kemasukan sesi 2023 / 2024.
Bagi yang ingin membina kerjaya sebagai seorang guru, anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).