Advertisements

Hari Wesak 2024: Tarikh Cuti Umum Di Malaysia

Pada 22 Mei 2024, masyarakat beragama Buddha akan menyambut satu perayaan penting iaitu Hari Vesak atau lebih dikenali sebagai Hari Wesak di Malaysia.

Untuk mengenali lebih lagi berkenaan perayaan ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Hari Wesak 2024

Wesak atau Vesak ini secara ringkasnya merupakan sambutan yang dijalankan bagi melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kematian Gautama Buddha, yang merupakan guru atau lambang agama bagi agama Buddha.

Sambutan hari wesak ini kebiasaannya akan jatuh pada bulan Mei, hal ini kerana perkataan ‘Wesak’ atau ‘Vesak’ itu sendiri membawa maksud bulan kelima dalam kalendar Lunar, walau bagaimanapun, disebabkan kepelbagaian budaya Buddha, perayaan ini disambut pada tarikh yang berbeza dengan tradisi yang berbeza mengikut negara masing-masing.

Penganut agama Buddha akan menyambut perayaan ini dengan menghias kuil mereka dengan bunga dan hiasan lain.

Mereka juga akan berkumpul di kuil-kuil pada waktu pagi untuk menaikkan panji agama Buddha sambil n nyanyian mengukuhkan Tiga Permata yang menjadi tiang rukun anutan mereka yakni Buddha, Dhamma dan Sangha.

Para pengunjung juga akan mempersembahkan pemberian ringkas seperti bunga, lilin dan colok di kaki patung-patung Guru Agung mereka; barangan bunga yang cepat layu sepertimana cepat terbakarnya lilin dan colok melambangkan pendeknya usia hayat manusia yang mesti diingati.

Sambutan ini juga akan disambut dengan kerja amal dan perbuatan baik oleh penganut Buddha, mereka juga dilarang untuk membunuh apa-apa jenis kehidupan, yang menyebabkan pada hari tersebut mereka digalakkan untuk tidak memakan daging atau haiwan lain.

Tarikh Cuti Umum

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, agama, dan bangsa, setiap perayaan, terutama perayaan yang melibatkan empat agama terbesar di Malaysia iaitu Islam, Hindu, Buddha dan Kristian akan menjadi cuti umum.

Oleh itu, Hari Wesak 2024, yang jatuh pada 22 Mei 2024 (Rabu) akan menjadi cuti umum buat semua rakyat Malaysia

Wesak 2024

Nota: Dibawah merupakan jadual hari kelepasan am persekutuan bagi 2023. Anda boleh menyemak sama ada negeri tempat tinggal anda akan cuti atau tidak pada perayaan ini:

Sumber: Jadual Hari Kelepasan Am 2024

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.