Advertisements

Bantuan Khas Kewangan AidilFitri 2024 Buat Kakitangan Kerajaan

Pada 1 April 2024 yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tentang bantuan khas kewangan sempena perayaan Aidilfitri tahun 2024 ini.

Bantuan ini akan diberikan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang telah banyak berbakti dan memberi sumbangan ke atas negara Malaysia.

Bagi anda yang ingin mengetahui tentang BKK Aidilfitri 2024 ini dan jumlah bayaran bantuan yang akan diterima, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Datuk Sri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan pemberian bantuan khas kerajaan sempena Aidilfitri 2024.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri atau BKK ini merupakan sumbangan yang diedarkan kepada kakitang dan pesara kerajaan yang telah banyak memberi bakti kepada negara.

Pemberian BKK ini merupakan antara langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu kakitangan dan pesara kerajaan dalam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri 2024

Tarikh Agihan Bantuan

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dalam surat edaran yang diedarkan semalam, BKK ini akan mula diagihkan pada 5 April 2024 (Jumaat) ini.

Agihan ini dilakukan sebelum perayaan Aidilfitri, bagi membantu kakitangan dan pesara awam dapat menggunakan sumbangan yang diberikan bagi membuat persediaan meraikan perayaan ini.

Jumlah Bantuan Khas

Jumlah BKK Aidilfitri yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam (Gred 56 ke bawah & lantikan kontrak) : RM500.00
  • Pesara Kerajaan (Veteran berpencen & tidak berpencen): RM250.00
bantuan khas

Kategori Penjawat Awam

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, kategori penjawat awam yang layak mendapatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini adalah:

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract of Service.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract for Service.
  • Pesara kerajaan.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang inginkan maklumat tambahan berkenaan Bantuan Khas Kewangan 2024 ini anda boleh lihat dalam surat edaran yang dikeluarkan di bawah atau ke laman Facebook rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.