Advertisements

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Bantuan Tambahan STR 2023

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan sumbangan bakul makanan yang diberikan kepada penerima STR yang berada dalam kategori miskin tegar.

Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Madani dalam meringankan beban rakyat yang telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang berlaku pada Februari yang lepas.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan SARA ini, pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas berjumlah RM600 yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bentuk bakul makanan serta baucer makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan ini akan diberikan kepada penerima bantuan STR yang tergolong dalam kategori miskin tegar di bawah sistem e-Kasih.

Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Program ini memberikan bantuan tambahan kepada keluarga dengan pendapatan yang rendah dan bilangan anak yang berbeza-beza.

Sumbangan Asas Rahmah

Kelayakan Penerima SARA 2023

Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)@STR Tambahan berjumlah RM600 ini di khususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar sahaja.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Tarikh Bantuan SARA 2023

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini akan disalurkan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023 seperti di bawah:

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Kaedah Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah 2023

Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak.

Dengan menggunakan Kad Pengenalan, penerima yang memenuhi syarat akan menerima kredit dalam akaun mereka yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan di pasaraya terpilih.

Mekanisme terperinci mengenai cara pengedaran bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, jadi pastikan anda mengikuti perkembangan STR melalui laman rasmi mereka.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang berminat ingin mengetahui lebih lagi berkenaan Sumbangan Asas Rahmeh ini anda boleh pergi ke laman rasmi STR untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Baca juga: STR Fasa 3: Semak Status Pembayaran Julai 2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: