Advertisements

STR FASA 2 2024 – Kadar & Tarikh Bayaran Bantuan

AGIHAN STR FASA 2, 2024 BAKAL DILAKUKAN PADA 3 APRIL 2024 (RABU) INI!

Bagi anda yang telah melakukan permohonan atau telah memperbaharui permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah di sini akan kami kongsikan bersama anda tarikh dan jumlah bayaran bagi fasa 2 bagi tahun 2024.

Jadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 tahun 2024 ini, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan satu bantuan dibawah kerajaan yang diberikan kepada golongan tidak berkemampuan atau golongan B40 yang memenuhi kelayakan bagi membantu mengubah kehidupan mereka.

Ia merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya

Kategori Penerima STR

Kategori penerima STR ini terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Isi Rumah berpendapatan rendah (B40);
  • Warga Emas yang tiada pasangan, dan;
  • Bujang B40.

Kadar Bantuan STR 2024

Berikut merupakan kadar bantuan keseluruhan bagi setiap kategori penerima bantuan STR 2024:

  1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM1,000 : 0 anak
    • RM1,500 : 1 – 2 anak
    • RM2,000 : 3 – 4 anak
    • RM2,500 : 5 anak atau lebih
  2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM500 : 0 anak
    • RM750 : 1 – 2 anak
    • RM1,000 : 3 – 4 anak
    • RM1,250 : 5 anak atau lebih
  3. Warga Emas Bujang
    • RM600
  4. Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
    • RM350
str-fasa-1

Kadar Bayaran STR Fasa 2

Cara pembayaran STR ini adalah sama seperti cara pembayaran terdahulu iaitu mengikut fasa dan kadar bagi setiap fasa tersebut adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Berikut merupakan kadar bayaran STR yang akan diperoleh bagi fasa 2 tahun 2024 mengikut kategori penerima:

KATEGORI ISI RUMAH

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150 – RM650
  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000: RM100 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
  • Bujang: RM100
STR FASA 2

Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2024

Pada beberapa hari yang lepas, Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa kedua untuk tahun ini akan diagihkan pada 3 April 2024 (Rabu) ini.

Perkara ini telah dimaklumkan beliau ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri.

STR

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan perabot rumah dengan harga yang lebih murah dan berpatutan di Shopee.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau baca risalah STR 2024 di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.