Advertisements

Nuzul Quran 2024 & Tarikh Cuti Umum Negeri Di Malaysia

Nuzul Quran, merupakan satu peristiwa yang diraikan oleh umat Islam setiap tahun pada 17 Ramadan bagi merakam sejarah penurunan ayat pertama al-Quran iaitu Surah Al-Alaq’ kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa ini juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati di mana Allah telah berfirman:

“Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar)’’.

Surah Ad-Dukhan: Ayat 3-4

Bagi mengetahui lebih lagi sejarah penurunan ayat Al-Quran dan tarikh bagi sambutan Nuzul Quran 2024, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Nuzul Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi, manakala jika dari aspek kata perbuatan pula, ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.

Al-Quran pula merupakan kitab suci utama bagi umat Islam yang wujud dalam rukun Iman, yang dturunkan sebagai wahyu oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril. 

Oleh itu, apabila menggabungkan perkataan “Nuzul” dan “Al-Quran”, ia merujuk kepada peristiwa penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Sejarah Nuzul Quran

Peristiwa penurunan Al-Quran ini berlaku pada 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada tahun keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Penurunan ayat Al-Quran yang pertama, iaitu Surah Al-Alaq‘ telah Allah S.W.T turunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, sewaktu baginda sedang beribadat di Gua Hira, melalui Malaikat Jibril.

Bermula daripada ayat ini,  ayat-ayat al-Quran yang lain telah diturunkan secara beransur-ansur sehingga ayat terakhir iaitu Ayat 281 dalam Surah Al-Baqarah, dalam tempoh lebih dua dekad (23 Tahun), untuk dijadikan sebagai  panduan kepada umat manusia.

nuzul quran

Matlamat Al-Quran

Secara umumnya, al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:

  • Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.
  • Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang daif dan tertindas.
  • Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
  • Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
  • Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
  • Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan kerjasama.

Kepentingan dan Manfaat Al-Quran

Al-Quran selain merupakan tilawah, ianya juga penawar hati dan fikiran, ia mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

Kepentingan dan manfaat al-Quran telahpun digambarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis-hadis berikut:

“Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana untuk menyucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.”

“Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”

“Ahli al-Quran ialah Ahlullah. Bacalah al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan dan huruf yang dibaca.

“Tiap-tiap ayat di dalam al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu.”

“Rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan.”

Tarikh Nuzul Quran 2024

Pada tahun 2024 ini, Peristiwa Nuzul Quran ini akan disambut pada 17 Ramadan 1445H yang bersamaan dengan 28 Mac 2024 (Khamis) dan ia merupakan cuti umum bagi setiap negeri dibawah:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  4. Kelantan
  5. Terengganu
  6. Pahang
  7. Perak
  8. Perlis
  9. Pulau Pinang
  10. Selangor
cuti nuzul quran

Maklumat Lanjut

Untuk Maklumat Lanjut berkenaan Nuzul Quran ini, boleh dapatkan maklumat tambahan di Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.