Panduan Qiamullail JAKIM & Amalan Sunat 10 Malam Terakhir Ramadan
Amalan Qiamullai ini merupakan satu amalan yang dipenuhi dengan ibadah sunat yang dilakukan pada malam hari oleh orang Islam bagi beribadat kepada Allah SWT.
Ia bukanlah satu perkara baharu, namun begitu ibadah ini, lebih banyak dilakukan umat Islam di bulan Ramadan, kerana pada bulan ini, keberkatan dan pahala yang diberikan dalam setiap amalan yang dilakukan adalah berlipat ganda banyaknya berbanding dalam bulan-bulan yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan panduan menjalankan amalan ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Apa itu Qiamullail?
Qiamullail merupakan satu amalan sunat yang membawa maksud ‘bangun malam’ di mana muslimin dan muslimat yang melakukan amalan ini akan bangun pada waktu malam iaitu kira-kira pada pukul 3:00 pagi dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT sehingga tibanya waktu subuh.
Didalam amalan qiamullail ini, ia dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti Solat Sunat, Membaca Al-Quran, Berzikir dan Beristghfar memohon keampunan kepada Allah S.W.T.
Kelebihan Amalan Qiamullail
Kelebihan menjalankan ibadah qiamullail ini telahpun disebut dalam beberapa ayat Al-Quran diantaranya adalah dalam:
Surah Al-Isra’
Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
Surah Al-Isra’: Ayat 79
Surah al-Muzammil
Maksudnya: “Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betulbacaannya.”
Surah al-Muzammil: Ayat 6
Kelebihan yang dinyatakan berkenaan amalan ini dalam Al-Quran ini juga turut dinyatakan dalam beberapa hadis nabi di antaranya:
Panduan Qiamullail
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, amalan qiamullail merupakan amalan sunat yang dilakukan pada 2/3 malam yang dilakukan bagi merapatkan diri kepada Allah S.W.T dan dalam masa yang untuk memperoleh ganjaran daripada-Nya.
Amalan ini boleh dilakukan secara individu atau bersama keluarga di rumah ataupun secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Amalan-amalan yang disunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar memohon ampun ke hadrat Allah SWT.
Tentang sedikit atau banyaknya mengerjakan amalan-amalan sunat bergantung kepada kemampuan seseorang, jika mereka itu hanya mampu mengerjakan hanya dua rakaat solat sunat Tahajjud sahaja
ia juga dikira sebagai melakukan ibadah ini.
Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara perkara yang boleh dilakukan semasa menjalankan qiamullail ini adalah:
- Solat-solat Sunat
- Membaca Al-Quran
- Berzikir dan Beristighfar.
Dibawah merupakan antara solat sunat yang boleh dijalankan dalam melakukan amalan Qiamullail.
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Witir
Satu Rakaat
Dua Rakaat
Maklumat Tambahan
Jika inginkan penerangan berkenaan panduan Qiamullail yang lebih jelas anda boleh membaca PDF yang disediakan di Portal Rasmi JAKIM di bawah: