Advertisements

Senarai Mesin ATM Bagi Pertukaran Duit Raya Aidilfitri

Bagi ibu bapa dan individu berkenaan anda tidak perlu lagi runsing memikirkan bagaimana anda ingin melakukan pertukaran duit, kerana beberapa buah bank di Malaysia telahpun menyediakan Mesin ATM pertukaran duit raya khas bagi sambutan perayaan Aidilfitri ini.

Untuk mengetahui bank mana yang menyediakan perkhidmatan ini dan bagaimana untuk melakukannya boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Senarai Mesin ATM Yang Menawarkan Perkhidmatan Pertukaran Duit

Secara ringkasnya, anda boleh melakukan pertukaran duit di semua cawangan bank, namun begitu hanya beberapa bank sahaja yang melaksanakan perkhidmatan ini melalui mesin ATM.

Pertukaran wang melalui mesin ini mampu menjimatkan masa anda dan dalam masa yang sama menjimatkan tenaga anda dari perlu beratur menunggu giliran untuk melakukan pertukaran duit.

Dibawah merupakan senarai bank yang menyediakan perkhidmatan penukaran duit melalui mesin ATM:

Mesin ATM Maybank

Menurut perkongsian Mohd Shukur di Facebook beliau, pertukaran duit raya di Mesin ATM Maybank boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan Maybank terpilih (Boleh lihat dalam PDF di bawah)
  2. Pilih ATM yang mempunya “Tanda” atau “signage” seperti dalam gambar di bawah:
mesin atm raya

3. Tekan pengeluaran dan jumlah yang hendak ditukar (RM50 Atau RM10)

Nota: Pertukaran duit hanya boleh dilakukan untuk RM300 pada satu-satu transaksi sahaja.

Nota: Pertukaran duit raya di Mesin ATM Maybank hanya boleh dilakukan daripada

Affin Bank

Terdapat sejumlah 109 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai ATM Raya, dan seperti Maybank pertukaran duit hanya boleh dilakukan ke atas duit RM10 dan RM50 sahaja.

Anda boleh rujuk senarai ATM Affin Bank di bawah untuk mengetahui lokasi cawangan yang menyediakan perkhidmatan tersebut:

mesin atm Affin bank
mesin atm Affin bank

*Nota: Pertukaran duit raya di ATM Affin Bank boleh dilakukan selagi stok masih ada.

Mesin ATM AmBank

Ambank juga merupakan salah satu Bank yang menyediakan perkhidmatan ATM pertukaran duit raya, namun begitu, Ambank hanya menyediakan pertukaran duit kepada duit RM10 sahaja.

mesin atm AMbank

CIMB Bank

Bagi pengguna CIMB Bank anda juga boleh melakukan pertukaran duit kepada jumlah RM10 bermula 10 April 2023 sehingga 23 April 2023.

Dibawah merupakan senarai ATM bagi CIMB yang menyediakan perkhidmatan ini di seluruh Malaysia.

Bank Islam

Jumlah cawangan bank Islam yang menyediakan perkhidmatan pertukaran duit melalui ATM adalah terhad di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang sahaja.

Jumlah pertukaran pula boleh ditukarkan kepada RM10, RM20 dan RM50, mengikut cawangan ATM.

mesin atm raya

Pertukaran Duit Kepada Jumlah Lain

Jika anda ingin menukarkan duit kepada jumlah yang lebih kecil seperti RM1, RM5, dan RM20, anda harus pergi ke cawangan bank berkenaan, perkhidmatan pertukaran duit ini disediakan di semua jenis bank.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: