Advertisements

STR Fasa 2: Semak Status Pembayaran April 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) akan mula disalurkan kepada penerima sebelum sambutan perayaan Aidilfitri 2023.

Menurut laporan akhbar, pembayaran terkini akan dibuat bermula 5 April 2023.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 ini, boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan STR bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan.

Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan terdahulu yang telah ditambahbaik oleh kerajaan Perpaduan, bagi meringankan beban masyarakat B40 di Malaysia.

Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Pembayaran bantuan STR ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion kepada tiga kategori penerima iaitu:

  • Isi rumah dari golongan B40;
  • Golongan Bujang B40, dan;
  • Warga emas yang tiada pasangan.
fasa 2

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Pembayaran STR ini akan dilakukan 4 kali setahun dan bayaran fasa 1 telah pun selesai pada bulan Januari yang lepas iaitu pada 17 Januari.

Bagi fasa 2, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada 14 Mac 2023, telah mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan April.

fasa 2

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Dibawah merupakan jadual jumlah bayaran yang bakal diterima penerima bantuan bagi STR Fasa 2 ini mengikut kategori:

KategoriPendapatan Bulanan (RM)Bilangan AnakJumlah Bayaran (RM)
Isi Rumah
Isi Rumah
(Tiada Had Umur)
≤ 2,5000200
1-2200
3-4200
≥5200
KategoriPendapatan Bulanan (RM)Bilangan AnakJumlah Bayaran (RM)
Isi Rumah
(Tiada Had Umur)
2,501-5,0000200
1-2200
3-4200
≥5200
KategoriPendapatan Bulanan (RM)Bilangan AnakPendapatan Bulanan (RM)
Warga Emas Sebatang Kara
(≥60 Tahun)
≤5,0000100
KategoriPendapatan Bulanan (RM)Bilangan AnakPendapatan Bulanan (RM)
Bujang
(21-59 Tahun)
≤2,5000100
KategoriPendapatan Bulanan (RM)Bilangan AnakPendapatan Bulanan (RM)
Bujang (OKU)
(19-59 Tahun)
≤2,5000100

Proses Pembayaran

Proses pembayaran STR Fasa 2 ini akan dikreditkan seperti berikut:

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan April, secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.

Semakan Status Pembayaran

Semakan status pembayaran STR Fasa 2 ini, boleh dibuat menerusi laman web MySTR mulai pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan April:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
  5. Jika layak maklumat pembayaran Fasa 2 akan terpapar.
  6. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
  7. Klik maklumat pembayaran.

Soalan Lazim

Bilakah pembayaran STR Fasa 2?

STR Fasa 2 akan dibayar bermula 5 April 2023

Berapakah jumlah pembayaran Fasa 2?

Jumlah amaun bergantung kepada kategori masing-masing; iaitu RM100 untuk bujang dan RM200 untuk warga emas.

Saya penerima STR sebelum ini, perlukah saya mohon semula?

Bagi penerima yang pernah menerima STR sebelum ini, anda tidak perlu mohon semula. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda secara automatik.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 2 sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau laman web ini.

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.