Advertisements

STR Bujang: Tarikh dan Jumlah Pembayaran 2023

Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori bujang B40 atau STR Bujang merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu individu-individu belum berkahwin berusia 21 Tahun hingga 59 Tahun yang terdiri daripada golongan miskin (B40) dan miskin tegar.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan-golongan tidak berkemampuan.

Bantuan ini diteruskan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Kategori Penerima STR

Kategori penerima STR ini terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Isi Rumah berpendapatan rendah (B40);
  • Warga Emas yang tiada pasangan, dan;
  • Bujang B40.
str-bujang

STR Bujang B40

STR bujang merupakan bantuan yang diberikan kepada individu berusia 21 Tahun sehingga 59 Tahun yang masih belum berkahwin atau tidak mempunyai pasangan dan berada di bawah golongan berpendapatan rendah (B40).

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon layak menerima bantuan ini sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

i) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan individu adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Bagi individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta anda tidak layak memohon bagi STR Bujang dan hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah.

Nota: Had umur bagi permohonan bantuan ini bagi individu bujang (B40) yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), anda layak memohon bantuan jenis ini daripada usia 19 Tahun.

Cara Permohonan STR Bujang

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin melakukan permohonan, anda boleh pergi ke laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah iaitu di MySTR.

Permohonan STR boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari laman MySTR.
  2. Tekan butang Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Lengkapkan Maklumat Waris
  5. Tekan butang “TERUSKAN” dan isi kod CAPTCHA yang diberikan dalam ruang medan yang disediakan.
  6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan, tick butang tersebut jika maklumat yang diisi adalah benar.
  7. Klik butang “HANTAR”
  8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.

Permohonan ini juga boleh dilakukan secara manual dengan mengemukakan Borang Permohonan STR 2023 ke pejabat LHDNM berdekatan anda.

Jumlah Bayaran STR Bujang

Bagi individu yang layak menerima bantuan STR kategori ini, anda akan memperoleh bantuan sebanyak RM350 dalam tempoh setahun secara berperingkat.

str-bujang

Tarikh Bayaran STR Bujang 2023

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran STR Bujang sebanyak RM 350 akan diberikan secara berperingkat seperti di bawah:

  • Fasa 1 – RM 100 (Januari)
  • Fasa 2 – RM 100 (April)
  • Fasa 3 – RM 150 (Julai)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau anda terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: